Warga Emas Maut Terjun Bangunan Kedai

Seorang warga emas maut akibat cedera parah selepas dipercayai terjun dari tingkat dua bangunan kedai BB Bazaar Melaka, Bukit Beruang, di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 3 petang itu, mayat Gan Lian Heng, 69, ditemui berhampiran kedai dobi layan diri oleh pengawal keselamatan yang bertugas di bangunan terbabit.

Difahamkan, kejadian disedari pengawal keselamatan itu yang terdengar bunyi dentuman kuat seperti objek berat jatuh ke tingkat bawah. Sumber berkata, sejurus terdengar bunyi dentuman itu pengawal keselamatan berkenaan segera keluar dari bangunan, sebelum mendapati mayat seorang lelaki tertiarap di lantai kaki lima bangunan.

“Mangsa dipercayai terjun dari tingkat dua bangunan dan siasatan awal menemui sepasang selipar dipercayai miliknya di tingkat dua,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

“Polis masih melakukan siasatan mengenai motif kejadian, namun ada saksi yang nampak mangsa terjatuh dari atas bangunan terbabit.

“Buat masa sekarang, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.