Utusan Persahabatan Sultan Perak Kepada Kompeni Belanda Di Bangunan Stadthuys Melaka

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Pada sekitar tahun 1680, Sultan Perak Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Shah telah menghantar beberapa orang- orang pembesar kesultanan Perak, sebagai pembawa utusan baginda ke Melaka untuk menyatakan persahabatan baginda dengan Kompeni Belanda.

utusan1

Tindakan ini adalah berikutan daripada kawalan ketat, yang dilakukan oleh kompeni belanda di pantai dan Kuala Sungai Perak, bagi mengawal bangsa-bangsa lain yang ingin berdagang biji timah di Negeri Perak.

utusan2

20 April 1690, Sultan Perak telah mengurniakan surat kuasa kepada seorang Ketua Pegawai Belanda yang tinggal di Perak bernama Adriaen Wylant. Surat kuasa tersebut telah memberikan beberapa keistimewaan kepada Pegawai Belanda berkenaan untuk menyerang, menangkap dan memenjarakan sesiapa sahaja yang keluar dari negeri Perak membawa timah tanpa membawa surat kebenaran.

utusan3

Sebelum adanya surat kuasa tersebut askar-askar Kompeni Belanda menganggu-gugat bangsa-bangsa lain untuk berdagang biji timah. Selain daripada itu mereka juga telah membuat perjanjian dengan Sultan Aceh dimana mereka memaksa Perak, untuk menjalankan aktiviti perdagagan dengan Aceh dan Belanda sahaja.

Kompeni Belanda juga membina loji dan gudang-gudang timah di negeri Perak untuk tujuan dagangan mereka. Walaupun begitu perdagangan timah orang-orang Belanda tetap berkurangan kerana orang-orang Perak yang tidak menyukai tindakan keras Belanda itu telah bertindak menyeludup keluar timah dan dijual kepada bangsa lain dengan harga yang lebih baik.

Sebagai tindak balas perbuatan orang- orang Perak, Belanda telah mengepong Kuala Sungai Perak dan mengawal Pantai Perak bagi menghalang penyeludupan timah, perbuatan ini menyebabkan kemerosotan perdagangan timah di Perak, lalu memaksa Sultan Mahmud Iskandar Shah menghantar utusan persahabatan ke Melaka pada hari ini dalam tahun 1680.

Sumber : Arkib Negara Malaysia
Sumber Buku : Penjajahan Belanda Keatas Kesultanan Melayu

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.