Ulamak Besar Aceh Syahid Di Melaka

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Di kampung Ketek, tidak jauh dari Jonker Walk terdapat sebuah makam syuhada, iaitu makam Syeikh Shamsuddin as Sumaterani. Tidak seperti kubur ulama dan pembesar Aceh yang ditandakan dengan batu nisan Aceh, kuburnya hanya ditandakan dengan dua ketul batu sungai biasa.

syahid1

Kuburan berselerak di sekeliling makam Syamsuddin as Sumaterani. Sangat mungkin mereka dikebumikan ditempat mereka gugur. Kuburnya tidak tersusun sebagaimana lazimnya, di tanah perkuburan biasa. Serangan Aceh di bawah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam ke Melaka untuk mengusir Portugis pada tahun 1629. Serangan terakhir Aceh ini dari siri siri serangan yang bermula pada tahun 1547 berakhir dengan kekalahan di saat akhir apabila Portugis dibantu oleh Pahang dan armada Portugis dari Goa. Askar Aceh turut disertai oleh 400 askar Turki Uthmaniah

syahid2

Orang Kaya laksamana syahid dan Orang Kaya Sri Maharaja tertawan dan dibawa ke Lisbon (Hamka-Dari Perbendaharaan Lama). Salah seorang dari pejuang yang ikut serta ialah seorang ulama, bahkan Qadhi al Malikul Adil (Hakim besar Kerajaan Aceh). Syeikh Shamsuddin As Sumaterani atau Shamsuddin Pasai syahid dalam peperangan yang berlanjutan selama 5 bulan. Di dalam kitab Bustanus Salatin karangan Nuruddin Ar-Raniry, dinyatakan Syamsuddin wafat pada isnin, 25 Februari 1630 atau 12 Rajab 1039 Hijriah. “Dititahkan Sultan, orang kaya Maharaja Sri Maharaja dan orang kaya Laksamana menyerang Malaka pada tatkala Hijriah 1038 tahun, tetapi tiadalah karena berbantah dua orang itu.

syahid3

Pada ketika itulah segala orang Islam banyak mati syahid. Syahdan pada masa itulah wafat Syekh Syamsuddin Ibn ‘Abdillah al-Sumathrani pada malam isnin dua belas hari bulan Rajab pada hijrah 1039 tahun. Adalah syekh itu ‘alim pada segala ilmu dan antara yang termasyhur pengetahuannya pada ilmu tasawuf dan beberapa kita di-ta’lifkannya”.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.