Tokong Cheng Hoon Teng Tertua Di Malaysia

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Tokong Cheng Hoon Teng merupakan salah satu tokong cina yang tertua di Malaysia. Tokong yang juga dekenali dengan nama Tokong Awan Biru telah dibina pada tahun 1673 oleh Kapitan Tay Kie Ki an dibangunkan seterusnya oleh Kapitan Li Wei King. Terletak di Jalan Tokong selari dengan Masjid Kampung Keling dan Kuil Sri Poyyata Vinayagar Moorthi.

tokong1

Semasa era pemerintahan Portugis dan Belanda, Kapitan adalah gelaran bagi ketua komuniti tertentu yang menjaga kebajikan sesuatu etnik di Melaka seperti etnik India dan Cina. Pada era tersebut, tokong ini bukan sahaja menjadi pusat penyembahan kaum Cina malah turut menjadi pusat pengadilan atau mahkamah bagi etnik Cina dan juga pusat pentadbiran dan kebajikan.

tokong2

Selain Kapitan Tay Kie Ki. Kapitan Li Wei King, Chan Lak Kua dan Chua Su Cheong juga terlibat dalam pembangunan dan pembinaan tokong tertua ini. Kapitan Chua bertanggungjawab dalam pembinaan semula tokong ini pada tahun 1801 sementara Kapitan lain selepasnya dan Teng Choo lain-lain menyumbang kepada penambahan struktur dan pemuliharaan tokong ini. Pada tahun 1824, British telah menghapuskan sistem Kapitan dan ketua tokong atau sekarang digelar sebagai Teng Choo yang menyamai tugas Kapitan.

tokong3

Satu Lembaga Pemegang Amanah telah ditubuhkan untuk tokong ini. Penerajunya termasuklah Tun Tan Cheng Lock yang telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Perbadanan Tokong Cheng Hoon Teng dibawah akta Parlimen (Ordinan Perbadanan Tokong Cheng Hoon Teng 1949). Tokong ini juga dikenali sebagai Kebun Datok (Gods’ Garden) dan Kwan Yin Teng oleh masyarakat Cina tempatan. Kehalusan pertukangannya adalah terbukti dengan hiasan bentuk-bentuk mitologi, ukiran dan kilatan di dalam tokong.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.