Tiga Lagenda Dari Keluarga Ibrahim

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Sorotan Hiburan di www.orangmelaka.com hari ini membawa cerita berkenaan seniman dan seniwati dari keluarga ibrahim. Sophia Ibrahim, Latif Ibrahim dan Khadijah Ibrahim, antara nama-nama besar yang meniti kejayaan dalam bidang lakonan dan nyayian pada tahun 70 dan 90an. Mungkin ramai yang tidak tahu seniman dan seniwati ini merupakan anak kelahiran Melaka.

seniman1

Datin Sophia berasal dari keluarga anak wayang kerana arwah datuknya, Aman Belon mempunyai kumpulan bangsawan tahun 1950-an. Aman Belon sezaman dengan kumpulan bangsawan Wayang Kasim, Bangsawan Zanibar Royal Theaterical Company of Singapore dan Yap Chow Tong Opera. Antara pelakon Bangsawan ketika itu ialah Khairuddin Thairo dan Wan Yet Al-Kaf.

Selama empat tahun beliau berlakon dalam filem-filem Melayu terbitan Merdeka Filem Productions Sdn. Bhd di , Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Filem pertama lakonan Sophia ialah Ragam P.Ramlee (1964) sebagai Mariana, pendukung watak utama dalam filem tersebut.

seniman2

Adiknya pula Abd Latif Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim, merupakan penyanyi era 1970-an. Beliau berlakon lebih 15 buah drama. Tahun 2011, beliau berlakon teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60-an di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Pada tahun 1988 beliau berlakon dalam Filem Bisikan Arwah.

Lagu popularnya ialah Nora, Pilihklah Aku, Mengenang Dikau Kembali dan lagu joget Manis Kata Di Bibir Saja. Beliau seangkatan dengan Uji Rashid, Hail Amir, Datuk DJ Dave, Dahlan Zainuddin ,Datuk Sharifah Aini dan lain-lain. Pada 20 Februari 2012, Latif Ibrahim (60 tahun) meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sisi isterinya

seniman3

Datuk Khadijah Ibrahim,Dilahirkan pada 1960, beliau telah mula muncul sebagai artis ketika berusia 19 tahun setelah mengikuti jejak langkah abangnya, Latif Ibrahim (Allahyarham) dan kakaknya, Sophia Ibrahim. “Kupendam Sebuah Duka” merupakan sebuah lagu yang telah menaikkan nama beliau ke dunia seni hiburan di Malaysia.

Beliau juga pernah merakamkan lagu yang istimewa hasil ciptaan Datuk Ahmad Nawab seperti lagu “NAM Shall Lead The Way” (untuk Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali – NAM XIII) dan lagu “Malaysia Truly Asia” (pernah dirakamkan juga oleh artis lain di dalam bahasa utama dunia). Kini Datuk Khadijah Ibrahim aktif didalam bidang penjurian dan pernah menjadi juri Gegar Vaganza selama tiga tahun berturut-turut.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.