Tanaman Anggur Di Rumah Jadi Tumpuan

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Kediaman Abd Malik Derapau, 45, di Kampung Paya Rumput terus menjadi tumpuan orang ramai yang mahu bergambar kenangan dengan berlatar belakangkan pokok anggur ditanam yang kini mengeluarkan buah sepanjang tahun.

Pokok anggur itu yang biasanya hidup subur di kawasan tanah tinggi atau pergunungan menjadi tumpuan orang ramai berikutan mampu hidup dan berbuah dalam iklim khatulistiwa.

Abd Malik berkata, ketika ini, dia menerima semua tetamu yang datang untuk melihat sendiri pokok anggur ditanamnya lebih lima tahun lalu.

Menurutnya, dua benih pokok anggur itu dibeli sekitar RM50 kini hidup subur dan mengeluarkan buah yang dinikmati bersama keluarga dan tetamu.

Katanya, pokok anggur berkenaan adalah daripada jenis anggur hijau dan hitam. Ia berbuah tiga kali setahun namun ada ketikanya sehingga empat kali. Ia ditanam di depan rumah tanpa persediaan khusus.

“Boleh kata sepanjang tahun kami sekeluarga nikmati buah anggur segar, kalau ada lebih diberikan kepada tetamu yang singgah untuk bergambar.

“Kebiasaannya, pokok ini mengeluarkan sehingga 25 perdu mengandungi enam ke 10 buah.

“Saya tanam pokok ini pada jarak selang satu meter, melihat ia semakin membesar, saya bina para yang kukuh menggunakan kayu supaya ia boleh terus membesar.

“Seronok apabila melihat perdu buah anggur tergantung, rasa tak sabar menunggu ia masak,” katanya, semalam.

Katanya, buah anggur berkenaan tidak pernah dijual dan sekadar menjadi hidangan mereka sekeluarga atau diberikan kepada tetamu.

Sumber : Harian Metro

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.