Siapa Dia Sultan Ali

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Pada tahun1819 Stamford Raffles menandatangi perjanjain dengan Sultan Hussin (Tengku Long). Dengan perjanjian ini Sultan Husin menyerahkan Pulau Singapura kepada Inggeris. Sultan Husin ini akhirnya mangkat dan dikebumikan di perkarangan Masjid Tengkera, Melaka pada tahun 1835 salah seorang anak Sultan Husin ini ialah Sultan Ali. Beliau berusia 11 tahun ketika bapanya meninggal dunia.

ali1

Seterusnya, Sultan Ali dan sebahagian besar ahli keluarganya tinggal di Istana Kampung Gelam di singapura. Walaupun demikian Sultan ali ini kerap pergi ke Melaka kerana ada rumah keluarganya di Melaka dan di Melaka beliau mempunyai ramai kawan.Sultan Ali mentadbir wilayah antara Sungai Kesang dengan Sungai Muar. Sejak kamangkatan bapanya beberapa krisis berlaku antaranya dengan Temenggong Johor yang didalangi oleh British. Akibat dari ini satu perjanjian dibuat dimana Sultan Ali hilang kuasanya kecuali beliau hanya diberi kuasa antara Sungai Kesang dengan Sungai Muar, berkeluasan lebih kurang 260 batu persegi. Kawasan ini diibarat satu kawasan yang tidak banyak hasil sedangkan kawasan lain banyak hasil terpulan kepada Temenggung.

ali2

Walaupun ada istana di Kampung Gelam, beliau kerap berulang alik dari Istana Kampung Gelam ke Melaka. Singapura ke Melaka melalui laut. Perahu yang digunakan sering singgah di mana-mana pantai untuk mengambil air dan membersihkan diri. Pada satu hari beliau telah masuk ke sebuah sungai di Umbai iaitu sungai Solok Minyak. Beliau berhenti untuk mengambil air minum. Kebetulan pada waktu itu terdapat gadis-gadis kampung juga sedang mengambil air. Beliau terlihat ada seorang gadis desa yang amat jelita. Beliau bagitu tertarik dengan gadis tersebut.

ali3

Gadis tersebut ialah Sembok Binti Mokmin, anak seorang nelayan di kampung Umbai. Sultan Ali akhirnya telah masuk meminang dan berkawin dengan Sembok Binti Mokmin. Sejak itu beliau selalu tinggal di rumah bapa mertuanya di Kampung Umbai. Sebagai seorang pemerintah antara Sungai Kesang dan Muar beliau sering melawat kawasan tersebut, Sejak penjanjian 1885 beliau telah berpindah ke Umbai. Beliau mengtadbir kawasan jajahannya dari Umbai dan akhirnya membina Istana di Umbai.

Justeru itu, banyak bahan-bahan binaan telah dibeli. Malangnya beliau meninggal dunia dan cita-citanya mendirikan sebuah istana tidak kesampaian. Oleh itu segala bahan binaan telah diwakafkan untuk binaan masjid Kampung Umbai. Sultan Ali mangkat di Umbai pada 20 Jun 1877. Kemangkatan beliau telah menimbulkan banyak masalah. Mengikut adat istiadat Melayu puteranya, sebagai pengganti sultan mestilah hadir ketika perkebumian. Malangnya puteranya Tengku Alam tidak mahu hadir sebelum Inggeris melantik beliau sebagai “Sultan” menggantikan bapanya. British sengaja tidak mahu melantik Tengku Alam sebagai pengganti sultan. Oleh itu Tengku Alam yang berada di Istana Kampung Gelam enggan pergi ke majlis pengkebumian bapanya Sultan Ali di Umbai Melaka.

Mayat Sultan Ali terbujur di rumah selama lebih kurang 2 minggu. Mengikut catatan sejarah kerandanya terpaksa ditambah tanah dan menjadi bagitu berat. Beliau akhirnya dipujuk oleh Mahajara Abu Bakar, Johor supaya hadir le Majlis pemakaman itu. Dengan menaiki kapal Maharaja Abu Bakar beliau akhirnya datang tetapi melihat dari jauh sahaja. Beliau bagitu kecewa tidak dilantik sebagai sultan menggantikan bapanya dan akhirnya kawasan jajahan bapanya antara Sungai Kesang dan Sungai Muar pun hilang.

Beliau dimakamkan di sebuah kawasan yang beliau sendiri mengwakafkan dan kawasan itu digunakan oleh keluarga isteri beliau. Namun demikian penduduk tempatan dibenarkan dikebumikan dikawasan tersebut tetapi perlu dikenakan bayaran dan bayaran itu untuk dikhairatkan ke masjid Umbai. Berbalik kepada perkahwinan Sultan Ali dengan Puan Sembok Binti Mokmin, beliau dikurniakan dengan 6 orang anak. 3 lelaki dan seorang perempuan. Mereka terdiri dari Tengku Chik, Tengku Putih, Tengku Putera, Tengku Ipah, Tengku Zainab dan Tengku Mariam.

Apabila Sultan Ali mangkat Cik Sembok serta anak-anaknya pindah dan tinggal di Istana Kampung Gelam hingga kini. Dengan mangkat Sultan Ali hilanglah semua kuasa Sultan Hussin yang dengan sengaja direka oleh Inggeris untuk mendapatkan Singapura. Keluarga dan waris-warisnya hilang segala-galanya kecuali sebuah istana usang di Kapung Gelam Singapura. Kini waris Sultan Ali menyara hidup seperti orang biasa. Sultan Husin meninggal di Melaka dan dibebumikan di Tengkera dan anaknya Sultan Ali meninggal di Umbai juga di Melaka dan dikebumikan di Umbai. Moga-moha Allah cucuri rahmat ke atas roh-roh mereka.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.