Semangat Yang Hilang

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Tanggal 31 ogos 1957 angka keramat bagi sebuah negara yang berdaulat. Jerit pedih perjuangan silam ditamatkan dengan sebuah kemerdekaan. 60 tahun sudah berlalu, berlalunya begitu pantas, sehinggakan kita lupa sebuah erti perjuangan.

semangat1

31 ogos 2017 hampir tiba, maka genaplah sudah 60 tahun Merdeka akan tetapi mentaliti rakyatnya juga sudah berubah. oh lupa, rakyatnya sudah maju kehadapan, tiada lagi perperangan dan tiada lagi kelaparan, sehingakan lupa akan semangat cintakan Negara di dada.

semangat2

Bukan hendak mengkritik sesama bangsa dan juga agama, akan tetapi dimanakah semangat cintakan Negara? jika sehelai bendera pun kita masih lagi berkira-kira untuk membeli?. Suram dan tiada semangat kemerdekaan itulah yang terpapar di kediaman, premis perniagaan dan lain-lain lagi. Jikalau hanya mengharapkan ihsan pihak PBT untuk menghidupakan suasana Kemerdekaan, itu bererti kita masih lagi dijajah. Dari Alor Gajah sehinggalah ke Batu Berendam dan kemudianya ke Ayer Keroh, warna warni bendera yang kelihatan hanya yang dipasang oleh MBMB,MPAG,MPHTJ.

Untuk pembaca setia orangmelaka.com marilah kita sama-sama menghidupkan susana kemerdekaan dengan mengibarkan jalur gemilang, sebagai tanda cinta dan kasih kepada negara dan juga mereka yang telah berjuang. Tunjukanlah kepada mereka yang telah berjuang dahulu, bahawasanya kita juga sayang akan bumi bertuah ini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.