Selekoh Tajam Dan Berhantu Di Lendu

Jalan menghala dari Alor Gajah Ke Masjid tanah, atau lebih tepat selekoh berhampiran UITM Lendu dikatakan keras dan membahayakan. Terdapat berberapa kemalangan maut dikatakan belaku di selekoh yang sama.

lendu1

Untuk makluman pembaca setia orangmelaka.com, kawasan ini dikatakan keras sehingga mengakibatkan berberapa kemalangan jiwa, sering berulang di kawasan yang sama. Berberapa faktor yang telah dikenal pasti, antaranya ialah permukaan jalan yang membahayakan pengguna di kawasan ini. Selekoh tajam yang berbentu u serta, jalan yang beralun dan kawasan yang tidak diturap dengan baik antara faktor kemalangan sering berlaku.

lendu2

Umum mengetahui bahawasanya jalan di kawasan ini berselekoh tajam dan membahayakan, namun sikap pengguna jalan raya yang memandu dengan kelajuan yang tinggi turut mengundang padah. Terdapat berberapa kes seperti memotong di garisan berkembar yang akhirnya membawa kepada kemalangan jiwa. Jalan yang sempit dan gelap di waktu malam juga antara salah satu penyebab kawasan ini dikatakan “Lubuk Nyawa”.

lendu3

Selain itu, tidak kurang juga ada cakap-cakap yang mengatakan kawasan ini keras dengan mahluk halus yang menjadi penyebab kepada kemalangan. Ada berberapa cerita mengatakan kemalangan berpunca daripada pemandu melihat kelibat entiti di bahu jalan, dan kemudianya pemandu terbabas.

Selain itu juga penungang moto yang bernama Kudin ( Bukan Nama Sebenar) menceritakan kejadian di mana beliau pulang dari bekerja pada awal pagi dan kemudianya terlihat kelibat perempuan sedang berdiri di bahu jalan. Seorang pelajar UITM juga mendakwa, pernah diganggu ketika hendak pulang ke Uitm. katanya ketika beliau hendak pulang, beliau diganggu dengan bau-bauan yang wangi dan terlihat kelibat melintas jalan dengan laju ketika beliau memandu.

Setiap mahluk yang dicipta oleh Allah itu ada perananya yang tersendiri akan tetapi faktor pemanduan juga amatlah penting. Janganlah memandu didalam keadaan berbahaya utamakan keselamatan diri dan orang lain. Bagi pihak berwajib pantaulah keselamatan dan keadaan jalan di kawasan ini, agar tiada korban jiwa yang berlaku.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.