Sejarah Kampung Ayer Limau

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Kampung Ayer Limau telah dibuka sekitar tahun 1820. Antara orang pertama yang meneroka kampung ini adalah Datuk Penghulu Tua yang berasal dari Melekek (orang kampung aku ni). Kawasan yang mula-mula dibuka ialah Solok Ayer Limau atau Solok Pokat yang telah dikenali kini sebagai Jalan Hj. Hassan.

limau1

Asalnya, Kampung Ayer Limau terletak bermula dari hujung pekan Masjid Tanah meliputi Kampung Pinang hinggalah ke Kampung Bukit Apit yang bersempadan dengan Kampung Rantau Panjang. Setelah berlaku persempadanan semula, maka pada hari ini Kampung Ayer Limau terletak di tengah-tengah kedua-dua kampung tadi iaitu bermula dari Sungai Ayer Limau hinggalah ke Sekolah Kebangsaan Ayer Limau yang meliputi keluasan kira-kira 7 km persegi.

limau2

Pada hari ini, jarak dari Bandar Masjid Tanah adalah sejauh lebih kurang 1 km. Asal usul nama kampung ini didapati daripada pokok limau nipis dan limau kasturi yang banyak terdapat di kawasan ini sewaktu awal pembukaannya. Peneroka awal yang meneroka kampung ini telah sepakat untuk menamakannya sebagai Kampung Solok Ayer Limau dengan pembahagian kawasan pada masa itu iaitu kawasan Kampung Pinang dan Bukit Apit.

Datuk Penghulu Tua selaku peneroka awal kawasan ini adalah pengamal Adat Perpatih dan dengan itu, semua keturunan dan penduduk kampung ini masih lagi mengamalkan Adat Perpatih. Datuk Penghulu Tua telah disemadikan di tanah wakaf Seberang Perai. Adalah dipercayai bahawa kubur Datuk Penghulu Tua masih wujud dengan menggunakan nisan batu zaman dahulu kala. Masa telah berubah, maka hari ini kampung ini telah dinamakan KAMPUNG AYER LIMAU.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.