Sejarah Durian Tunggal

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Menurut cerita orang tua – tua di kawasan ini, pekan ini di beri nama Durian Tunggal kerana pada masa dahulu terdapat seorang pak cik yang tinggal di hujung kampung. Pak cik tersebut tinggal seorang diri dan di kawasan rumahnya terdapat sepohon pokok durian.

durian1

Pokok durian tersebut tidak pernah berbuah. Di akhir hayatnya, pak cik tersebut telah meminta untuk di kebumikan di bawah pokok durian tersebut. Tidak lama kemudian pokok tersebut telah menghasilkn buah tetapi hanya sebiji sahaja. Buah tersebut hanya boleh di makan oleh ibu – ibu tunggal sahaja. Maka, disebabkan kejadian tersebut penduduk di kawasan ini telah memberi nama sebagai Durian Tunggal bagi mengenag riwayat hidup pak cik tersebut.

durian2

Durian Tunggal merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Alor Gajah, Melaka sejauh tiga kilometer dari Tol Air Keroh. Terdapat kolam takungan air utama yang terletak 3 kilometer dari pekan Durian Tunggal menuju ke Selandar, Jasin. Kolam ini pernah kering pada tahun 80-an. Empangan Durian Tunggal telah dibina pada tahun 1974 dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1976. Melaka pernah mengalami krisis air paling buruk dalam sejarahnya pada tahun 1991 apabila Empangan Durian Tunggal yang meruapakan nadi bekalan air Negeri Melaka menjadi kering dalam kemarau yang panjang.

Krisis ini telah dapat di selesaikan dalam jangka masa pendek dengan menbina kolam takungan air untuk di pam ke Empangan Durian Tunggal. Projek Penyaluran air sungai Muar-Melaka yang siap dilaksanakan pada tahun 1993 telah melengkapkan langkah mengatasi krisis air tersebiut di samping menjamin bekalan air jangka panjang di Negeri Melaka. Kini, Empangan Durian Tunggal mempunyai paras air sebanyak 54.8 peratus.
Kini Terdapat taman ayam serama yang terletak di kampung Padang Keladi yang di beri nama Serama Park. Pada abad ke 21 pekan Durian Tunggal telah berubah dari pekan cowboy ke pekan Moden. Pekan berhampiran dengan pekan Durian Tunggal aadalah Pekan Belimbing Dalam, Pekan Batu Berendam, Parit Melana dan Melaka Pindah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.