Rumah Bekas Ketua Wanita Cawangan Terbakar

Rumah bekas Ketua Wanita Cawangan Kesang Barat, Rosnah Abmad, musnah dalam kebakaran sekitar jam 5.45 petang, semalam.

Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari, Rahizam Ruzali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.05 petang. Menurutnya, setiba di lokasi pada jam 6.10 petang, sebuah rumah berkeluasan 40×80 terbakar dan api sedang marak.

“Kita berjaya kawal kebakaran sekitar jam 6.32 petang dan operasi tamat sepenuhnya jam 6.48 petang.

“Rumah berkenaan musnah 80 peratus dan punca kejadian masih disiasat,” katanya kepada Sinar Harian tadi.

Operasi melibatkan dua Jentera Bomba Fire Resque Tender (FRT) bersama 18 pegawai bomba dan penyelamat daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bistari dan Bukit Katil .

Kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kematian.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.