RM10,000 Bawa Keluar Sampah Dari Sebuah Rumah

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Tinggal dalam rumah berselerak dengan sampah sudah tentu memberi suasana tidak selesa. Namun itulah yang berlaku kepada 11 sekeluarga di Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai, di sini tinggal dalam keadaan rumah berselerak penuh timbunan sampah dan pakaian kotor. Menerusi tinjauan, dapur antara bahagian rumah paling teruk dengan sampah dan pakaian kotor dilonggokkan begitu saja selain pinggan dan periuk tidak dibasuh selepas digunakan.

Namun bagi penghuninya, Siti Norenliriana Mohd Fakeri, 30, berkata, ada sebab mereka tinggal dalam keadaan sebegitu. Ibu tunggal itu berkata, dia bersama lima anak dan dua beradik yang lain menghuni rumah berkenaan dengan disara sepenuhnya bapanya, Mohd Fakeri Othman, 57. Menurutnya, dengan jumlah penghuni yang ramai serta tiada kerjasama antara adik-beradik menyebabkan dia terpaksa membiarkan keadaan rumah didiaminya itu sedemikian rupa.

“Saya sudah tiga tahun tinggal di sini. Sebelum itu duduk menyewa di Limbongan. Lima anak bersama saya di sini, namun yang sulung berusia 13 tahun tinggal dengan neneknya di Pahang, sesekali dia akan balik sini.

“Saya sedar persekitaran yang tidak bersih begini tidak sesuai untuk manusia tinggal lebih-lebih lagi kepada anak-anak saya. Tapi nak buat macam mana, jika harapkan seorang sahaja yang buat?,” katanya.

Menurutnya, dengan gaji bapanya kira-kira RM1,500 sebulan sebagai pekerja pasar, dialah yang menanggung segala keperluannya anak-beranak selain menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

“Selama ini ayah yang menyara kehidupan saya anak beranak dan dua adik saya. Bukan saya tak nak kerja tapi mengenangkan anak tiada siapa yang akan menjaganya. Dua adik saya pun tidak bekerja.

“Sebelum keadaan dapur jadi begini saya ada masak juga tapi sekarang harapkan duit ayah untuk mengisi perut kosong saya dan anak- anak. Itu pun untuk jimat wang, sehari sekali sahaja kami makan,” katanya ketika ditemui di rumah berkenaan.

Sementara itu, kehidupan Siti Norenliriana sekeluarga mendapat perhatian Pengarah Bahagian Khidmat Masyarakat Jabatan Ketua Menteri, Abd Razak Abu yang membuat lawatan segera ke kediaman keluarga berkenaan. Abd Razak berkata, selepas mendapat maklumat, pihaknya bersama Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Umno cawangan Paya Lebar membuat gotong-royong membersihkan rumah keluarga tersebut dengan peruntukan lebih RM10,000.

“Kita lihat keadaan rumah keluarga ini sungguh mendukacitakan. Apabila menerima laporan dan melihatnya sendiri, saya rasa tindakan segera perlu dilakukan. Waktu ini, keluarga ini akan ditempatkan di inap desa sementara kerja-kerja mengecat rumah dan membaiki saliran paip siap.

“JKM telah memutuskan untuk bantuan kanak- kanak RM300 sebulan bermula bulan hadapan, Majlis Agama Islam Melaka (Maim) juga akan memberi bantuan makanan untuk mereka.

“Sementara kebajikan tiga anak-anak Siti Norenliriana diambil kira dan saya sudah menghubungi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) untuk bantuan baju sekolah dan juga jika perlu ketiga-tiga anak beliau akan ditempatkan di asrama dan dipantau JKM.

“Cuma apa yang kita harapkan apabila kemudahan yang diberikan dapat memberi kehidupan baru buat mereka dan institusi keluarga ini akan pulih. Kasihan melihat anak-anak membesar dengan keadaan seperti itu,” katanya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.