RM 20,000 Sebulan Bawa Sampah Ke Darat

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terpaksa membawa keluar hampir dua tan sampah setiap minggu dari kawasan tumpuan pelancongan di Pulau Besar untuk dibawa ke daratan.

Keadaan ini menyebabkan lebih RM20,000 sebulan terpaksa dibelanjakan MBMB bagi proses berkenaan semata-mata memastikan Pulau Besar sentiasa bersih dan indah untuk kemudahan para pelancong.

Ahli Majlis MBMB, Mat Faris Mohd Taib berkata, sekiranya tidak diambil langkah lebih drastik, nescaya pulau berkenaan akan berdepan masalah kebersihan.

Setiap minggu tidak kurang 5,000 orang mengunjungi Pulau Besar. Selain pengunjung dalam negara terdapat juga pengunjung luar seperti dari Eropah, Australia dan China.

“Keadaan akan jadi lebih sesak pada setiap hujung minggu terutama cuti persekolahan dan cuti umum dan tidak boleh dibayangkan betapa banyak sampah yang kita kutip keluar. Inilah masalah yang kita hadapi sekarang,” katanya.

Mat Faris ditemui selepas mewakili Adun kawasan Telok Mas, Datuk Seri Latiff Tamby Chik bagi merasmikan program My Beautiful Malaysia AADK Negeri Melaka di Pulau Besar di sini, semalam.

Program anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu turut membabitkan beberapa agensi lain seperti MBMB, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Majlis Agama Islam Melaka (Maim), Skuad Sukarelawan AADK, Pejabat Daerah Melaka Tengah dan Mahkamah Syariah Melaka.

Hadir sama, Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Mohd Radzi Abd Latif; Pengarah Jabatan Pengindahan Bandar MBMB, Moahzam Asari dan Penolong Pengarah AADK negeri, Azmi Sattar.

Sementara itu, Mat Faris berkata, MBMB juga sedang dalam perancangan untuk membeli sebuah mesin kompos awal tahun hadapan bagi membolehkan kesemua sisa makanan yang dibuang dapat dikitar semula.

“Ini perancangan jangka masa panjang MBMB. Manakala sisa-sisa berbentuk pepejal seperti plastik dan botol-botol kita akan bawa keluar menerusi bot,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.