Resepi Rahsia Perniaga Kuih Keria Gula Melaka

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Pastinya anda pernah mendengar tular di media sosial gara-gara kehebatan kuih keria gula melaka antarabangsa Haji Jalil Limbongan di Melaka. Ada yang sanggup beratur sehinga berjam-jam semata-mata, untuk membeli kuih keria yang dikatakan sangat istimewa dan sedap itu. Bagi suri rumah atau anda yang teringin untuk merasai keenakan kuih keria yang hampir sama dengan kuih keria Haji Jalil Limbongan anda boleh mencuba resepi di bawah.

keria1

Dari segi pemilihan ubi keledek pula, lebih sesuai digunakan keledek putih/kuning berbanding keledek oren kerana keledek putih lebih sedap dan tidak lembik apabila direbus. Doh keledek akan lebih senang dibentuk dan tak perlu tambah tepung yang banyak. Penggunaan baking power pula adalah supaya kuih menjadi gebu. Keistimewaan kuih ini sudah pastinya terletak pada salutan gula yang terdiri dari 3 jenis gula iaitu Gula melaka, Gula batu dan Gula putih.

keria2

Masa Penyediaan: 40 minit
Jumlah Hidangan: 20 biji

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk doh keria:

800 gram ubi keledek putih (dalam 2 ketul besar)
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam

keria3

Bahan-bahan untuk salutan gula/sira:

1 ketul gula melaka
1 sudu besar gula batu
1 sudu besar gula putih
1/2 cawan air

keria4

Cara Penyediaan kuih keria:

1- Rebus ubi hingga empuk dan toskan airnya. Apabila ubi sudah sejuk, tumbuk halus dengan menggunakan
lesung batu dan tarik keluar urat-urat kasar dari ubi keledek. Boleh juga gunakan ‘potato masher’
untuk hancurkan keledek.
2- Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh kurang melekat.
3- Leperkan bebola doh dan buat lubang di tengah.
4- Ulang proses sehingga habis dan goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan.
5- Kacau atau gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih sehingga sekata.

Cara-cara untuk salutan gula/sira:

1- Tumbuk halus gula dan masak di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat.
2- Sedia untuk digaul kuih keria

Tips

– Tidak mengapa jika doh melekat sedikit. Sapukan sedikit tepung di tangan sebelum menggentel doh dan
bentukkan menjadi bulat.
– Kalau goreng keria, jangan kerap sangat terbalikkan kuih semasa menggoreng kerana nanti kuih jadi serap
minyak.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.