Ramai Yang Sudah Terkena

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Hutan simpan Sg Udang merupakan jalan yang tidak asing lagi bagi, pengguna jalan raya yang ingin ke Masjid Tanah. akan tetapi terdapat berberapa cerita yang kurang enak di dengari di sepanjang laluan ini.

sg1

Jalan dikawasan ini juga merupakan antara jalan yang tersenarai dalam kes kemalangan paling tinggi di Melaka pada tahun 2015. Beberapa kemalangan maut telah berlaku di jalan ini, dari kemalangan kecil sehinggalah membawa kepada kemalangan maut yang membabitkan pelbagai jenis kenderaan.

sg2

Kereta terbakar, lori terbabas dan bertembung antara kes yang pernah dicatatkkan di kawasan ini. Umum mengetahui bahawasanya jalan ini berselekoh tajam dan terdapat garisan berkembar di sepanjang laluan ini. Akan tetapi sikap pemandu yang tidak cakna dan sering mengabaikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya, yang lain antara faktor kawasan ini kerap berlaku kecelakaan jalan raya. Memandu dengan tidak mematuhi had laju dan memotong di garisan berkembar antara kes yang berlaku dikawasan ini.

Selain daripada itu tinjauan www.orangmelaka.com pada lewat malam semalam, mendapati kawasan ini gelap, meskipun tiang lampu berbaris panjang. Tiang lampu yang tidak berfungsi ini juga boleh mengundang kepada kejadian jenayah jalan raya di kawasan ini. Entah dimana silapnya kenapa tiang-tiang lampu ini wujud sekadar boneka di kawasan ini. Adakah pihak berkuasa tidak memantau keadaan lampu jalan raya yang tidak berfungsi, atau pengguna yang gagal dalam soal memaklumkan kepada pihak berwajib.

Walaubagaimanapun kecelakaan demi kecelakaan dapat di elakan sekiranya pemandu memandu secara berhemah, serta pihak berwajib menjalankan penyelengaraan yang berterusan, baik dari segi keadaan jalan raya atau kemudahan lampu jalan yang sedia ada.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.