Raja Pecut Asia Tenggara

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Raja Pecut Asia Tenggara milik pelari dari Melaka iaitu Khairul Hafiz Jantan, yang menamatkan saingan 100m ditempat pertama sekaligus menambah kutipan pingat emas bagi kotinjen Negara. kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara 100m dan 200m ialah di Sukan SEA 2003 Hanoi, Vietnam menerusi Nazmizan Muhammad.

raja1

Rekod Sukan SEA acara pecut 100m ketika ini masih menjadi milik atlet Indonesia, Suryo Agung Wibowo dari Indonesia (10.17s) yang dicipta di Sukan SEA Laos pada 2009. Khairul Hafiz yang digelar The Speedy Jantan adalah pemegang tiga rekod kebangsaan acara 100m (10.18s), 200m (20.90s) dan 4x100m (39.62).

raja2

Khairul digelar Speedy Jantan, 19, menamatkan saingan merakam masa 10.38 saat untuk berada di tempat pertama sekali gus menamatkan penantian 14 tahun dalam acara itu. Juara bertahan dari Filipina, Eric Shauwn Cray yang melakar 10.43 saat sekadar membawa pulang pingat perak, manakala pingat gangsa pula dimenangi atlet Thailand, Kritsada Namsuwun 10.43 saat.

Biodata Khairul Hafiz Jantan

Nama Penuh : Khairul Hafiz bin Jantan
Tarikh lahir : 22 Julai 1998
Negeri Kelahiran : Merlimau Melaka
Warganegara : Malaysia
Bangsa : Melayu
Agama : Agama Islam
Sekolah Rendah : Sekolah Kebangsaan Datuk Demang Hussain Bukit Katil Melaka
Sekolah Menengah :

– SMK Bukit Baru Melaka
– Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Melaka – sekolah sukan
– Sekolah Sukan Bandar Penawar Johor Bahru

Pencapaian Terbaik :

1- Pemegang rekod Malaysia bagi 100 m (10.18 saat)
2- Pemegang rekod kejohanan Sukma Malaysia pada edisi 2016 bagi 4x100m
3- Pingat emas Sukma Sarawak 2016 bagi 100m
4- Pingat emas Sukma Sarawak 2016 bagi 4x100m

Sumber : Harian Metro

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.