Pulau Konet Melaka

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Pulau Konet mula wujud sebelum zaman penjajahan Inggeris satu ketika dulu dan nama asalnya adalah Pulau Kenit.Pulau konet yang terletak di Telok Gong, Kuala Sungai Baru, sejak dulu telah dikenali sebagai kawasan rekreasi dan aktiviti memancing dikalangan pengunjung luar dan tempatan. Pemandangan pulau konet sungguh cantik di waktu petang dan sesuai dijadikan tempat untuk beriadah bersama keluarga. Pulau konet juga mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri.

konet 1

Pulau konet ini sungguh unik kerana apabila air surut akan terbuka satu jalan atau laluan untuk pengunjung pergi ke pulau tersebut. Dan apabila air pasang jalan tersebut akan tertutup. Pada hari minggu Sabtu dan Ahad anda pasti terpegun melihat himpunan orang ramai yang datang berkelah dan berkhemah di laluan masuk ke pulau tersebut. Selain itu, kebanyakkan yang datang ke pulau ini adalah terdiri daripada pengunjung yang gemar memancing.Satu lagi keunikan Pulau Konet adalah kerana cerita dongeng yang mengikut masyarakat orang lama di situ bahawa ia merupakan tempat tinggal kepada makhluk halus atau bunian yang sebelum ini pernah menghuni pulau tersebut.

konet 2

Terdapat pelbagai versi cerita tentang kisah pulau tersebut pada masa dahulu. Antaranya apabila penduduk kampung ingin membuat kenduri, mereka akan meminjam barang- barang keperluan seperti pinggan mangkuk daripada orang bunian di pulau tersebut. Kemudian akan memulangkannya semula. Selain itu, ada juga cerita mengatakan bahawa penduduk kampung disitu hidup berbaik dan saling membantu antara orang-orang ghaib ini.

Pada masa sama, penduduk dan pengunjung yang ditemui sewaktu beriadah di pulau tersebut meminta kerajaan negeri mengambil langkah inisiatif bagi menjadikan Pulau Konet sebagai salah satu destinasi tumpuan pelancong seperti Pulau Upeh dan Pulau Melaka sebelum ini. Selain itu, keluasan pulau tersebut kini semakin mengecil akibat dihakis oleh ombak kuat yang kerap melanda pulau tersebut setiap tahun. Pulau ini perlu dibangunkan menjadi pulau pelancongan kerana apabila ia dimajukan, sudah pasti pulau tersebut akan dijaga dan dipantau oleh pihak berkuasa.

Namun begitu, Pulau konet kian tercemar akibat sikap pengunjung yang tidak bertanggungjawab bagi menjaga kebersihan pulau tersebut. Perbuatan membuang sampah merata-rata itu sekali gus mencemar keunikan dan keindahan semulajadi pulau itu. Selain itu, terdapat juga pengunjung yang melakukan aktiviti yang kurang sopan dan tidak bermoral. Pulau Konet wajar dilindungi dan dipelihara khazanah alam semulajadinya memandangkan ia sering menjadi tumpuan pengunjung luar terutama mereka yang gemar memancing dan beriadah pada hujung minggu. Ini kerana jika pulau ini tidak dilindungi dan dipelihara Pulau Konet akan pupus dalam arus pemodenan pada masa ini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.