Pokok Buah-Buahan Bakal Mewarnai Landskap Melaka

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

MELAKA: Melaka bakal menjadi negeri pertama yang menanam pokok buah-buahan sebagai landskap di tepi jalan raya. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata idea itu akan dibawa ke peringkat perbincangan rasmi sebelum dijadikan dasar bagi setiap pihak berkuasa tempatan (PBT). Katanya, tanaman pokok buah-buahan itu akan menggandakan hasil negeri.

pokok1

“Kita mahu menambah baik landskap sedia ada, untuk tidak hanya mahu Melaka terkenal dengan landskap bunga berwarna-warni. Sebaliknya, menjadi negeri pertama menanam pokok buah-buahan sebagai tanaman landskap.

“Sehubungan itu, PBT, Jabatan Landskap negeri dan Jabatan Pertanian perlu berbincang mengenai cara terbaik untuk perkenalkan pokok buah-buahan sebagai tambahan pokok hiasan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pesta Durian dan Buah-buahan Tempatan 2017 di Melaka Tropical Fruit Farm (MTFF), Sungai Udang, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, EXCO Penerangan, Komunikasi dan Koperasi negeri, Datuk Wira Latiff Tamby Chik dan Pengarah MTFF, Datuk Isnin Aman.

Mengulas lanjut, Idris berkata perbincangan mengenai perkara itu akan dilakukan dengan segera, sebelum tanaman pokok buah-buahan dapat dilakukan awal tahun depan.

“Jangkaan saya penghujung tahun ini setiap PBT sudah boleh menyediakan dasar landskap dengan memasukkan pokok buah-buahan yang bakal menjadi tarikan baharu pelancongan negeri Melaka.

“Saya sudah perhati Singapura antara bandar terhijau di dunia dengan 29 peratus daripada tanahnya dilitupi pokok hijau. Lantas, usaha yang baik itu harus dijadikan panduan,” katanya.

Sementara itu, Isnin berkata Pesta Durian dan Buah-buahan Tempatan 2017 yang berlangsung selama dua hari mulai hari ini mungkin dilanjutkan sehingga Isnin ini berikutan sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

“Alhamdulillah sasaran 30,000 pengungjung sudah berjaya dicapai. Jabatan Pertanian negeri sendiri memperuntuk sebanyak 20 tan durian bagi sesi ‘happy hour’, selain lebih 15 tan oleh beberapa peniaga lain.

“Selain durian, pengunjung juga dapat menikmati pelbagai buah-buahan tempatan seperti mangga, rambutan dan manggis pada harga berpatutan,” katanya.

Sumber : Berita Harian Sabtu, 2 September 2017

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.