Pertandingan Musang Berjanggut

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menganjurkan Pertandingan Musang Berjanggut sempena Pameran dan Jualan Setem yang diadakan di Muzium Rakyat, Banda Hilir di sini.

Penolong Kurator Muzium Rakyat, Siti Rohani Hamzah berkata, pertandingan yang diadaptasikan daripada sebahagian babak dalam filem Melayu klasik berjudul Musang Berjanggut, arahan Allahyarham, Tan Sri P. Ramlee disertai oleh enam peserta untuk pusingan pertama.

Menurutnya, setiap peserta diberikan dulang yang berisi beberapa bahan masakan berupa ramuan rempah, beras, cili dan bawang untuk diasingkan dalam masa hanya setengah jam.

“Peserta yang mengambil bahagian kita namakan ‘Puspa Wangi’. Kita bawa kisah filem tersebut ke zaman kini supaya generasi sekarang mengenali serba sedikit erti usaha, ketekunan dan kesabaran.

“Pemenang akan dipilih dari peserta yang melakukan pengasingan bahan masakan paling banyak dan kemas,” katanya ketika ditemui selepas pertandingan itu, hari ini.

Peserta, Tumisah Ahmad dari Segamat, Johor diumumkan sebagai pemenang dan menerima hadiah berupa hamper yang disampaikan oleh Pengurus Besar Perzim, Datuk Khamis Abas.

Siti Rohani berkata, pertandingan tersebut juga adalah sempena Sambutan 65 Tahun Perzim.

“Selain pertandingan Musang Berjanggut turut diadakan pertandingan congkak kerana sebelum ini kita mengadakan pertandingan teng teng dan bowling kelapa,” katanya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.