Pemeriksaan Seluruh Maahad Tahfiz Di Melaka

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron mengarahkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Pendidikan Melaka serta agensi keselamatan dan kesihatan agar melakukan pemeriksaan terhadap maahad tahfiz di negeri ini bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Beliau berkata semua maahad tahfiz sama ada di bawah seliaan JAIM atau swasta perlu mengambil berat faktor keselamatan terutama melibatkan premis serta bangunan maahad dan tidak sama sekali berkompromi terhadap tahap keselamatan di institusi tersebut.

“Laporan tahap keselamatan diminta untuk dibentang kepada pihak berkuasa negeri dengan segera. Tindakan proaktif dan sistematik dapat mengelakkan sebarang kecelakaan atau kemalangan berlaku,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau mengulas kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur awal pagi tadi yang meragut nyawa 22 pelajar dan dua guru.

Idris berkata beliau mewakili kerajaan negeri dan rakyat Melaka untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Sumber : Bernama

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.