Pelabuhan Maritim Siap 2025

Pelabuhan Maritim Melaka Gateway yang kini rancak dalam pembinaan di Pulau Melaka dijangka akan dapat disiapkan sepenuhnya menjelang 2025. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, proses penambakan laut dengan keluasan kira-kira 300 hektar bagi melaksanakan projek bernilai lebih RM20 bilion itu dijangka akan dapat dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Menurutnya, pembangunan yang bakal dijalankan itu akan turut melibatkan sebuah taman industri maritim berteknologi tinggi, terminal kontena selain kemudahan membina dan membaik pulih kapal.

Projek terbabit adalah hasil kerjasama membabitkan kerajaan negeri menerusi Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) berserta pemaju utama KAJ Development Sdn Bhd dan sebuah syarikat China.

“Dengan adanya pelabuhan ini, saya yakin ia akan dapat memberi saingan kepada pelabuhan besar lain di rantau ini sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk mengembalikan zaman kegemilangan yang pernah dikecapi Melaka sebagai pelabuhan perdagangan lebih 600 tahun lalu.

“Kita mahu Melaka menjadi pilihan destinasi utama pelabuhan di rantau ini yang mampu menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan dan ia mesti selesai sebelum 2025,” katanya di sini.

Sumber – Sinar Harian

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.