14,464 Calon SPM Di Melaka

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka, Datuk Md Yunos Husin, berkata, jumlah itu meliputi 12,502 calon dari 76 buah sekolah bantuan kerajaan, 726 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), 189 pelajar sekolah swasta, 31 pelajar sekolah agama negeri dan 1,016 calon persendirian di empat buah sekolah yang ditempatkan.

Terminal Bersepadu Di Melaka, Siap 2026

Melaka akan membina kompleks jaringan terminal bersepadu pelbagai pengangkutan awam dengan kos RM300 juta menjelang 2026. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata kerajaan negeri dalam perancangan membina bangunan kompleks tujuh tingkat itu yang antaranya meliputi pasar raya, pasar basah, kering dan pusat beli-belah.

Kereta Terbang Ke Pintu Rumah

Dalam kejadian lebih kurang jam 9.30 pagi, mangsa yang hanya dikenali sebagai Anwar,30 berkata, ketika kejadian dia bersama lima orang ahli keluarganya berada dalam rumah termasuk ibu dan adiknya yang sedang menonton televisyen. Menurutnya, dia kemudian terkejut mendengar dentuman kuat dari arah depan rumah sebelum melihat sebuah kereta merempuh tembok depan rumah mereka yang didiami sejak 10 tahun lalu.

Sistem Perundangan Kesultanan Melaka Lahirnya Pasukan Polis Negara

Melaka adalah sebuah kerajaan Melayu yang tertua. Semasa ketiadaan Sultan Melaka, Bendahara mempunyai kuasa mutlak untuk menjatuhkan hukuman. Temenggung pula bertindak sebagai pegawai.

Menatap Wajah Isteri Buat Kali Terakhir

IR mata seorang suami mengalir disaat mengucup jenazah isterinya ketika dipertemukan untuk kali terakhir di Jabatan Forensik Hospital Melaka (JFHM), Melaka Tengah, hari ini. Mohd Nazri Kamaruddin, 34, yang patah kedua-dua tangan dan kaki dalam kemalangan yang mengorbankan isterinya itu diberi kesempatan untuk menatap jenazah Allahyarham Siti Sarah Azahari, 34, sebelum dikebumikan.

Dua Maut Kereta Dan Treler Bertembung

DUA maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan kereta di Kilometer 197.8 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran susur keluar Plaza Tol Ayer Keroh, di sini, kira-kira jam 7 malam tadi. Mereka yang maut adalah pemandu lori dan pemandu kereta, kedua-dua mereka meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit.

Bapa Dan Anak Tamatkan PHD Bersama

MAJLIS Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-59 di Dewan Sultan Iskandar, hari ini, memberi kenangan paling manis buat seorang bapa dan anak perempuannya yang menaiki pentas menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Alat – Alat Kebesaran Kesultanan Melaka Diwarisi Baginda Sultan Perak

Hari ini www.orangmelaka.com ini membawa kisah peninggalan beberapa alat kebesaran Kesultanan Melayu Melaka, yang masih wujud meskipun ianya telah berusia ratusan tahun. Beberapa alat kebesaran Kesultanan Melaka ini, kini di warisi oleh Baginda Sultan Perak.

Malu Dilebelkan Sebagai Pengotor Dan Pemalas.

“SELEPAS kisah kami tular di media sosial, saya malu nak keluar rumah. Ibu tinggal di Pahang terus jatuh sakit manakala ayah terpaksa tebalkan muka untuk pergi kerja,” kata Siti Norenliriana Mohd Fakeri, 30, seorang daripada 11 penghuni kediaman kotor dan tidak terurus di Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai, Melaka Tengah, ketika ditemui, hari ini.

Tangan Kanan Putus Ketika Berkhidmat Demi Negara

ketika kejadian beliau bersama beberapa anggota lain sedang menjalankan Ops Gubir 2 di sempadan Malaysia-Thailand bagi menghapuskan kubu komunis terbesar pada waktu itu. Peristiwa terkena jerangkap samar sentiasa menjadi kenangan hitam buat yakob kerana menjadi orang kelainan upaya (OKU) sehingga kini akibat terputus tangan kanan.

JKM Pantau Taska Viral Penganiayaan Bayi

Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memantau sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Paya Rumput ekoran aduan wujudnya unsur penganiayaan terhadap bayi di bawah jagaan pusat berkenaan oleh bekas pengasuh di situ.

Sejarah Stadium Kubu Dan Sorakan Pertamanya

Bagi mereka yang membesar pada tahun 2000 pastinya mereka tidak biasa akan panggilan Stadium Kubu ini namun bagi mereka yang membesar pada sekitar tahun 80an dan 90an panggilan stadium kubu sudah sebati dan sinonim dengan mereka. Stadium ini merupakan padang tuan rumah bagi skuad MAFA yang pernah mendakap beberapa kejuaraan di dalam liga domestik.

Unit Polis Pelancong Berbasikal Pertama Di Malaysia

Polis Melaka melancarkan unit polis pelancong berbasikal bagi menjaga keselamatan pengunjung di tempat tumpuan pelancong di sekitar negeri ini khususnya di Melaka Tengah. Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata seramai 20 anggota polis pelancong akan ditugaskan membuat rondaan di beberapa tempat tumpuan orang ramai antaranya di Jonker Walk, kota A Famosa dan sekitar Menara Taming Sari.

RM 20,000 Sebulan Bawa Sampah Ke Darat

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terpaksa membawa keluar hampir dua tan sampah setiap minggu dari kawasan tumpuan pelancongan di Pulau Besar untuk dibawa ke daratan. Keadaan ini menyebabkan lebih RM20,000 sebulan terpaksa dibelanjakan MBMB bagi proses berkenaan semata-mata memastikan Pulau Besar sentiasa bersih dan indah untuk kemudahan para pelancong

Misteri Lebuh Raya Simpang Ampat – Pedas Linggi

Minggu ini, kami orangmelaka.com terpanggil pulak nak cari kisah seterusnya iaitu kawasan lebuhraya kedua yang dikatakan agak seram dilalui ketika waktu malam iaitu laluan lebuhraya Utara Selatan dari susur keluar Pedas-Linggi, Negeri Sembilan hinggalah membawa ke susur keluar Simpang Ampat, Melaka.

Asal Usul Nama Tangga Batu

Tangga Batu Melaka merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di dalam Daerah Melaka Tengah. Tangga Batu terletak di tengah-tengah perjalanan Jalan 5 antara Bandar Hilir (15.8km) dan Pekan Masjid Tanah (14.7km). Ia adalah sebuah pekan lama yang direntasi Sungai Udang. Tangga Batu mempunyai Kawasan Perindustriannya tersendiri dan sebahagian daripada Petronas Penapisan Melaka terletak di dalam pekan ini.

RM 5 Juta Rokok John Dirampas

Komander PPM Bukit Aman, Datuk Abdul Rahim Abdullah, berkata rampasan yang terbesar tahun ini dibuat hasil risikan dan intipam terhadap maklumat yang diterima. Katanya, dalam serbuan jam 9 malam Khamis lalu, pasukan terdiri daripada 22 anggota PPM Bukit Aman; Wilayah 2 Johor; Unit Gempur Marin (UNGERIN) dan Bot Ronda RH 5 PPM W2 Kuala Linggi di kawasan perairan mengesan sekumpulan suspek sedang memunggah kotak rokok dari dua bot pancung ke dalam tiga lori.

Seorang Maut Lapan Motosikal Kemalangan

PENUNGGANG maut di katil hospital selepas parah kemalangan dengan lapan motosikal lain di Jalan Pantai Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka Tengah, awal pagi Sabtu. Faisal Hanafi, 21, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka manakala dua rakannya, masing-masing patah paha kanan dan kaki kiri.

Jarak 60 Meter Ujian Baru ‘The Speedy Jantan’

Pecutan dalam jarak 60 meter bakal menjadi ujian baharu buat pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Khairul Hafiz Jantan yang akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan di Birmingham dari 1 hingga 4 Mac depan.

RM10,000 Bawa Keluar Sampah Dari Sebuah Rumah

Tinggal dalam rumah berselerak dengan sampah sudah tentu memberi suasana tidak selesa. Namun itulah yang berlaku kepada 11 sekeluarga di Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai, di sini tinggal dalam keadaan rumah berselerak penuh timbunan sampah dan pakaian kotor. Menerusi tinjauan, dapur antara bahagian rumah paling teruk dengan sampah dan pakaian kotor dilonggokkan begitu saja selain pinggan dan periuk tidak dibasuh selepas digunakan.

RM30 Juta Usaha Menyimpan Dan Memelihara Rekod Sejarah

Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Azemi Abdul Aziz berkata bangunan Arkib Negeri Melaka itu dicadang untuk dibangunkan di sebuah tapak di Ayer Keroh di sini dan pejabat ANM yang kini beroperasi di Menara Persekutuan, Ayer Keroh di sini akan dipindahkan ke sana selepas bangunan itu siap kelak.

Dari Seorang Buruh Binaan Dan Pelayan Kini Bergelar Aktor Terkenal

Sebelum bertemu Osman Ali, Remy hanyalah seorang pemuda kampung yang tidak pernah mengimpi akan kerjaya sebagai pelakon terkenal. Sebelum menjadi pelakon, Remy pernah bekerja di pasar pagi dengan menjual ikan dan ayam untuk membayar duit yuran persekolahan, menoreh getah, jadi kelindan lori, buruh kasar termasuklah membuat kerja landskap di tepi jalan dengan menanam pokok.

Juruterbang Maut, Pembantu Cedera

JURUTERBANG maut manakala pembantunya cedera selepas pesawat ringan GT500 terhempas ketika di Aerodrome Sungai Rambai, Jasin, Melaka, pada 11.30 pagi semalam. Difahamkan, pesawat terbabit terhempas ke dalam Sungai Mati, Tangkak, Johor, kira-kira 200 meter dari hujung landasan Aerodrome Sungai Rambai, Jasin.

Tanaman Anggur Di Rumah Jadi Tumpuan

Pokok anggur itu yang biasanya hidup subur di kawasan tanah tinggi atau pergunungan menjadi tumpuan orang ramai berikutan mampu hidup dan berbuah dalam iklim khatulistiwa. Abd Malik berkata, ketika ini, dia menerima semua tetamu yang datang untuk melihat sendiri pokok anggur ditanamnya lebih lima tahun lalu.

British Memusnahkan Kubu A’famosa Demi Mengekalkan Kekuasaan

Pemusnahan Kota A Famosa dilakukan sebagai langkah pertama Inggeris melemahkan pertahanan Melaka, setelah menguasai Melaka dari Kerajaan Belanda pada 1795 sehingga 31 Disember 1807. Hampir kesemua kubu, tembok-tembok, hospital besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletupkan dan diratakan.

Pemikiran Kasim Ahmad Berkenaan Dua Laksamana Melaka

Kontroversi awal yang melanda Kassim ialah apabila allahyarham mengangkat Hang Jebat dalam tesisnya sebagai wira. Hang Tuah yang sudah sebati dengan pemikiran orang Melayu diketepikan dan ini satu ketegesan yang luar biasa. Berkemungkinan Kassim melihat Hang Tuah dan Hang Jebat dalam konteks yang pelbagai.

Pesisir Pantai Pengkalan Balak Dan Siput Remisnya

Bentuknya seakan lala, namun saiznya lebih kecil dan hanya diperoleh dengan banyak sekitar bulan Jun hingga Disember setiap tahun. Tidak seperti keluarga siput lain seperti kupang, tiram, siput sedut mahupun kerang, remis hampir tidak dikenali oleh sesetengah individu.

Mendokumentasikan Bangunan Warisan Dalam Bentuk Buku Lukisan

Pengurus Besar, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Datuk Khamis Abas berkata, sehingga tahun 2011, sebanyak 58 bangunan berstatus warisan di negeri ini termasuk rumah ibadat, bangunan kerajaan, muzium, sekolah dan rumah tradisional sudah didokumentasikan dalam buku lukisan terukur.

Kaki Terkulai Rempuh Kereta Membuat Pusingan U

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu, Muhamad Khairul Hazimi Yaakub, 19, pelajar Tahun Tiga Jurusan Pendawaian Elektrik dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Chenderah ke tempat latihan praktikal di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.

Berakhirnya Eye On Malaysia Di Melaka

Kewujudannya Eye On Malaysia di Melaka dianggap sebagai nilai tambah untuk mencapai sasaran menjadi negeri maju pada tahun 2010 dengan perkembangan sosioekonomi yang memberangsangkan. Pada asalnya, buaian roda Eye On Malaysia terletak Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dan telah dipindahkan ke Melaka selepas kontraknya tamat pada 31 Ogos 2008.