Maut Digilis Treler

PENUNGGANG motosikal maut selepas terperosok ke bawah trelar di Jalan Pantai Klebang, Melaka Tengah, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Muhammad Aliff Najhmie Abdullah Sani, 17, maut di tempat kejadian akibat digilis kenderaan berat itu.

Warung Old School Menggamit Nostalgia 80an

Mungkin tiada siapa menyangka warung yang beroperasi di zaman 1960-an masih mampu menjalankan perniagaan biarpun sudah berstatus old school di tengah-tengah bandar raya ini. Gerai makan dan minuman yang terletak di Jalan Bendahara atau dahulunya dikenali Capitol masih bertahan hingga kini malah menyediakan pelbagai menu pada harga serendah 80 sen bagi secawan kopi ‘O’ atau teh ‘O’ dan RM1 bagi teh ‘O’ ais.

Dua Wira Bertembung Di Sg Udang

Kemalangan dipercayai berlaku selepas Proton Wira dipandu lelaki dari arah Sungai Udang menghala ke Majid Tanah hilang kawalan lalu memasuki laluan bersebelahan sebelum bertembung dengan kereta dipandu wanita datang dari arah bertentangan.

Bayi Demam Dipercayai Mangsa Susu Tiruan

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Koh, 33, mendakwa anak tunggalnya itu mengalami simptom seperti demam dan ruam merah sejak September lalu. Lebih membimbangkan, katanya, keadaan itu selepas rampasan sejumlah 210 kotak susu rumusan bayi dipercayai tiruan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor pada Ahad lalu.

Kerajaan Negeri Beri Kebenaran Patung Mirip Christ The Redeemer

Bulan lalu, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengeluarkan notis arahan pemberhentian kerja selepas struktur berkenaan didapati didirikan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit. Susulan isu berkenaan, Idris turut meminta MBMB mencari penyelesaian bersama bagi isu berkenaan termasuk mendapatkan kerjasama pemimpin setempat untuk mengenal pasti tapak bersesuaian untuk memindahkan binaan itu.

Monorel Melaka Dapat Sambutan

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Hussin berkata, jumlah penumpang yang direkodkan semenjak monorel berkenaan memulakan perkhidmatan 4 Disember lalu ternyata mengatasi sasaran asal yang diletakkan MBMB selaku pengendali perkhidmatan itu.

JKM Melaka Cari Waris Bayi Yang Ditinggalkan

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah, Noraini Jaffar, berkata, bayi dipercayai berbangsa Melayu itu ditinggalkan dalam sebuah kotak di tepi bangunan Pangsapuri Ayer Keroh lebih kurang jam 12.30 tengah hari pada 2 November lalu.

Warga Emas Maut Tunggang Basikal

eputi Superintendan Arshad Abu berkata, warga emas berkenaan Kasim Saleh, 80, dipercayai menunggang basikal ketika kemalangan. Menurutnya, kemalangan turut melibatkan sebuah lori pada jam lebih kurang 5.00 petang itu.

RM45,000 Berjaya Dikumpulkan Untuk Lima Rumah Kebajikan

Lima organisasi kebajikan yang akan disumbangkan pada acara itu ialah Pusat Kanak-Kanak Terencat Akal Bahagia, Klebang; Pusat Bahagia Untuk Kanak-Kanak Cacat dan Terencat Akal, Bachang; Pusat Haemodialisis SJAM, Bachang; Yayasan Seu Teck Sean Tong, Tengkera dan Pertubuhan Amal Meng Seng Melaka.

Ditemui Selepas Empat Hari Hilang

Mayat nelayan yang dilaporkan hilang di laut sejak empat hari lalu telah ditemui di laluan trafik pemisah lalu lintas antara perairan Malaysia dan Indonesia pada jam 11 pagi semalam di kedudukan 11.8 Batu Nautika dari Muara Kuala Linggi, di sini.

Sejarah Masjid Al-Aqsa Dan Kenapa Ianya Menjadi Rebutan

Hari ini kami di www.orangmelaka.com keluar dari kerangkan penulisan yang berkisarkan Negeri Melaka untuk berkongsi dengan pembaca semua mengenai perkara ini dengan seberapa ringkas yang mungkin bagi menarik minat semua pihak untuk membaca dan mengetahuinya. Dan sebagai seorang Muslim, sudah semestinya kita mesti cakna dengan kejadian yang berlaku di tanah suci yang mulia ini.

Dua Pelajar ILP Terlepas Tali Gantung

Dua pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) di negeri ini terlepas hukuman gantung sampai mati selepas ditawarkan pertuduhan pindaan memiliki 201.12 gram kanabis oleh Mahkamah Tinggi di Ayer Keroh di sini hari ini.

Identiti Tiga Lelaki Kes Pukul Hingga Mati Dikenalpasti

Polis mengenal pasti identiti tiga individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang tular di media sosial sejak Isnin lepas. Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Mohd Kamal Zainal berkata tiga individu berkenaan dikenali sebagai J. Visvanathan, 32; K.Shanmuganatan, 35; dan N.Thiagu, 38.

Sindiket MC Palsu Di Melaka Tumpas

Beliau berkata, pelajar terbabit ditahan ketika sedang menunggu pembeli sijil tersebut di hadapan sebuah stesen minyak di Peringgit di sini kira-kira 9 malam pada Isnin, manakala pekerja swasta itu pula ditahan di sebuah rumah di Taman Peringgit Jaya kira-kira 10.30 malam hari sama.

Melaka Sedia Laksana Kemudahan Pinjaman Kredit Perumahan

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, cadangan itu antara inisiatif kerajaan yang bertujuan bagi mengelak berlakunya projek perumahan tidak terjual di pasaran sekali gus mengurangkan bebanan orang ramai mendapatkan kemudahan pembiayaan hartanah.

Monorel Melaka Mula Beroperasi Esok

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Zainal Hussin berkata perkhidmatan monorel itu akan beroperasi mulai 10.00 pagi hingga 10.00 malam pada hari biasa dan akan dilanjutkan hingga ke 12.00 tengah malam pada Sabtu dan Ahad.

Suami Rayu Isteri Pulang

Isteri memandu kereta jenis Toyota Vios berwarna ungu gelap dan kehilangannya mula disedari sebaik gagal menghubunginya menerusi telefon bimbit. Paling merisaukan, apabila majikannya turut memberitahu isteri saya telah berhenti kerja.

Top 4 Warung Asam Pedas Di Melaka

Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah. Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan.

Kebas Semua Tinggalkan RM 1 Untuk Masjid

Tambah Kamarudin, yang menghairankannya apabila pencuri terbabit turut meninggalkan wang RM1 pada setiap setiap tabung seakan-akan dijadikan ‘ibu duit’ sebagaimana menjadi amalan khurafat dengan harapan wang menjadi berlipat kali ganda.

Kenali Bapa Kemerdekaan Yang Berasal Dari Melaka.

Pada tahun 1912, Tan dilantik oleh kerajaan British sebagai Pesuruhjaya Majlis Melaka serta Jaksa Pendamai Melaka. Pada tahun 1914, Tan menghidupkan semula pertubuhan Sukarelawan Cina Melaka dan menjadi ahli biasanya sehingga 1919. Pada tahun berikutnya, iaitu 1915, beliau menghidupkan semula Persatuan Orang Cina Peranakan-British (SCBA), sebuah persatuan di Melaka yang bertujuan untuk melindungi kepentingan orang Cina Peranakan di Negeri-negeri Selat, dan dipilih sebagai Presidennya.

Monorel Terbengkalai Akan Beroperasi Semula

Perkhidmatan Monorel Melaka yang terbengkalai sejak 2013 dan menelan kos RM21 juta akan beroperasi semula dalam masa terdekat ini. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, sebelum ini kemudahan yang berlokasi di tebing Sungai Melaka itu terpaksa dihentikan operasi kerana masalah teknikal

Festival Sungai Melaka 2017 Sasar 1 Juta Pengunjung

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dijadual merasmikan festival itu pada Sabtu ini (18 Nov) yang membabitkan 25 acara domestik dan 10 acara bertaraf antarabangsa.

5 Rancangan Tindakan Atasi Kesesakan Di Melaka

Kerajaan negeri menggariskan lima rancangan, termasuk mewujudkan satu aplikasi khas kepada pengguna jalan raya bagi menangani masalah kesesakan di pusat bandar dalam tempoh 10 tahun akan datang.

20 Rumah Di Merlimau Terjejas Banjir

Hujan lebat berpanjangan sejak pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan dalam dun Merlimau dinaiki air. Adun Merlimau, Datuk Roslan Ahmad berkata, sehingga kini terdapat 20 rumah melibatkan 12 di Kampung Paya Lengkong dan lapan di Kampung Kilang Berapi terjejas akibat banjir tersebut.

Kerajaan Melarang Kemasukan Babi Diternak Dari Luar Melaka

Beliau berkata demikian pada perasmian Pertandingan Kayak Sprint 2017 sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2017, yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Ismail Hashim, di Dataran Sungai Melaka, di sini, hari ini.

Bangunan Usang Menjejaskan Keindahan Melaka

Di antaranya Jalan Parameswara, Jalan Tun Ali dan sepanjang Jalan Tengkera, masih terdapat bangunan tidak berpenghuni yang usang dan tidak sesuai diduduki, malah berada di lokasi sesak dengan kehadiran pelancong luar serta penduduk negeri itu. Kewujudan bangunan itu tidak langsung memberi sebarang nilai tambah kepada pelancongan negeri, malah menyakitkan mata memandang.

Susah Senang Saya Mahu Bersamanya

Menurutnya, suaminya kini tidak dapat bekerja berikutan doktor mengesahkan menghidap penyakit Johnson Steven Syndrom hingga mengakibatkan penglihatan suaminya tidak jelas.

Berhati-Hati Dengan Risiko Pembangunan Lereng Bukit

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Seminar Antarabangsa Sungai Melaka 2017 yang disempurnakan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman di sebuah hotel di sini, hari ini.

200 Sukarelawan Melaka Hantar Bantuan Ke Pulau Pinang

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Naim Abu Bakar, berkata, bantuan yang dihantar lebih kepada bantuan berbentuk teknikal dan fizikal bagi membantu mangsa banjir di Seberang Prai Utara, Bukit Mertajam dan beberapa kawasan lain terutama yang melibatkan penduduk kampung bagi membantu melakukan kerja pembersihan dalam tempoh dua hingga tiga hari.

Hujan Dan Ribut Petir Di Melaka, Sepanjang Minggu Ini

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Datuk Khalid Nasir, berkata dua empangan utama di negeri ini yang membekalkan air bersih iaitu Empangan Jus dan Empangan Durian Tunggal masih berada di tahap stabil.