Kisah Masjid Jamek

Masjid Jamek Putra, Masjid Tanah yang ada sekarang merupakan masjid yang dibina bagi menggantikan masjid asal. Masjid yang asal letaknya di tepi sungai berhampiran dengan jambatan yang menghubungkan jalan ke arah Kampung Air Limau.

Anak Melaka Menggegar Seni Perfileman Negara

Dalam bidang pengarahan, Allahyarham memulakan dengan filem arahan pertamanya, Bunga Padi Berdaun Lalang, Panglima Badul, Senja Merah, dan Kanta Serigala. filem Gila Gila Remaja pada tahun 1985, arahan Allahyarham Hussein Abu Hassan, mencetuskan fenomena dengan mengangkat kisah remaja.

Al-kisah asal-usul Nama Melaka

pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka. Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing buruannya ditendang oleh seekor pelanduk putih.

Munshi Abdullah Bapa Sasterawan Melayu Moden

Munshi Abdullah atau nama sebenarnya Abdullah Bin Abdul Kadir dilahirkan pada tahun 1796, di Kampung Masjid atau dikenali sebagai Kampung Pali, Melaka. Munshi Abdullah bin Abdul Kadir dianggap sebagai bapa sastera Melayu moden kerana hasil-hasil karya dan penulisannya menggunakan teknik atau stail penulisan moden,

Keunikan Seni Bina Rumah Tradisional Melaka

Keindahan dan keunikan seni bina rumah-tradisional Melaka juga dianggap sebagai bayangan reka bentuk Istana Kesultanan Melaka pada abad ke-15. Ada yang menganggap seni binanya bukan sekadar kekuatan kreativiti tukangnya tetapi juga bersandarkan petua tertentu yang disesuaikan dengan faktor persekitaran, adat resam, kepercayaan dan penghayatan Islam.

Keistimewaan Pantai Klebang Melaka

Pantai Klebang ialah salah satu lokasi menarik untuk bercuti bersama keluarga di Melaka. Berbagai kemudahan dan tarikan pelancongan telah dibangunkan disini, bagi menarik lebih ramai pelancong. Pantai Klebang terletak di daerah Melaka Tengah dan lokasinya ialah diantara Bandar Melaka dan Sungai Udang berhampiran Pantai Puteri.

Sekolah Kedua Tertua Di Malaysia Ada Di Melaka

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka atau lebih dikenali sebagai Sekolah Tinggi Melaka (STM) merupakan sekolah kedua tertua di Malaysia setelah Penang Free School. Sekolah yang kini megah berdiri di Jalan Chan Koon Cheng, Melaka ini telah melahirkan ramai anak Malaysia yang kini namanya gah dalam mahupun luar negara menerusi bidang masing-masing.

Hang Tuah Pahlawan Melaka

Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Sultan dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.

Sejarah Baba dan Nyonya

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini.

Sejarah Bangunan Stadthuys

Bangunan Stadthuys adalah salah ssebuah bangunan yang tertua yang telah dibina oleh Pemerintah Belanda di Melaka. Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Melacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys.

Sejarah Masjid Kampung Hulu Melaka

Masjid Kampung Hulu di Melaka adalah masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Masjid ini dibina adalah kesan daripada perubahan dasar oleh pemerintah Belanda, yang mengutarakan dasar kepelbagaian pegangan agama. Mari menyingkap sejarah masjid ini

Sejarah Masjid Tanah

Masjid Tanah merupakan daerah berdekatan dengan Alor Gajah yang semakin membangun menjadi sebuah bandar yang makin dikenali ramai. Kebanyakkan bentuk bangunan lama di Masjid Tanah turut dikekalkan bagi menepati konsep sejarah berkaitan Negeri Melaka dan ianya juga masih utuh sehingga kini.

Sejarah Kota A Famosa

Kota A Famosa, mungkin nama tempat ini tidak asing lagi dan makin dikenali di dalam dan luar negara. Kota A Famosa tidak terkecuali dalam menjadi tarikan pengunjung yang datang dari jauh bagi menikmati sejarah jajahan orang putih di Tanah Melaka.

Kenali Yang Di Pertua Negeri Melaka

Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri ataupun dahulunya dikenali sebagai Gabenor sebelum tahun kemerdekaan 1957 bagi Negeri-negeri Selat, merupakan ketua negeri di 4 negeri di Malaysia iaitu Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Yang di-Pertua Negeri Melaka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Ketua Menteri kerana negeri ini tidak mempunyai Sultan.

Fakta Disebalik Nama Alor Gajah

Alor Gajah merupakan sebahagian daerah di Negeri Melaka, terdapat beberapa kisah dan fakta yang unik disebalik namanya. Antaranya ialah kisah pelik sempena namanya dan kisah-kisah sejarah yang terdapat di dalam daerah ini. Selain Daripada itu terdapat tempat-tempat perlancongan yang menarik sekitar daerah ini.

Pulau Konet Melaka

Pulau Konet antara keindahan alam semulajadi dan misterinya di sebalik kisahnya. Pulau Konet mula wujud sebelum zaman penjajahan Inggeris satu ketika dulu dan nama asalnya adalah Pulau Kenit. Pulau konet terletak di Telok Gong, Kuala Sungai Baru Melaka.

Makam Wali Allah Di Pulau Besar Melaka

Pulau Besar, pulau yang menyimpan kisah misteri dan sejarahnya tersendiri. Pulau Besar adalah pulau keramat kerana terdapat makam Wali Allah yang telah berjasa dalam menyebarkan dan mengembangkan ilmu islam keseluruh kepulauan Melayu. Makam ini menjadi tumpuan pengunjung luar yang datang ke pulau ini.

Dol Said Si Pahlawan Naning

Abdul Said, atau lebih dikenali sebagai Dol Said dilahirkan pada tahun 1773, berketurunan suku semelenggang dan meninggal dunia pada tahun 1849 ketika berusia 76 tahun. Dol Said terkenal dengan perjuanganya menentang cukai yang di kenakan oleh pihak British ke atas Daerahnya iaitu Naning.