Nafi Dakwaan Pencerobohan Hasil Hutan

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

PEMILIK tanah kebun durian di Kampung Padang Lebar, menafikan penularan dakwaan pencerobohan dan pengeluaran hasil hutan berlaku sekali gus merosakkan jalan kampung di kawasan tersebut.

Samsiah Maarof, 64, berkata, tanah di kampung itu adalah miliknya dan terdapat dua nama pemilik lain yang sah di sisi undang-undang.

“Saya tidak tahu apa niat mereka ini, tapi yang pasti, saya mewakili pemilik tanah di sini, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan menyatakan berlaku pencerobohan dan kami merosakkan jalan sedia ada gara-gara membawa keluar hasil hutan.

“Projek pemulihan kebun durian ini, dilakukan dalam tanah seluas 3.6 hingga 4 hektar dan baru seminggu beroperasi.

“Kami juga memiliki lesen yang sah dari segi undang-undang,” katanya.

Jelasnya, penularan gambar sebuah lori muatan kayu hutan itu, sebenarnya tidak menggunakan jalan sedia ada sebaliknya jalan lain dibina oleh kontraktor untuk membawa hasil hutan keluar.

“Jalan ini telah lama rosak sewaktu projek tanaman semula berkelompok dilaksanakan di sini bukan disebabkan projek kami.

“Dalam gambar yang tular, lori itu sebenarnya lori membawa kayu untuk dipindahkan ke matau (tempat penghimpunan kayu-kayu), bukan untuk dibawa ke kilang.

“Projek ini baru bermula, jadi tidak logik menyatakan kami membawa kayu-kayu keluar dari kampung,” katanya.

Dalam pada itu, Samsiah menjelaskan, jalan sedia ada juga bukan jalan kerajaan tetapi ada pemiliknya dan telah bersetuju benarkan menggunakan jalan tersebut.

Katanya, projek pemulihan itu dilakukan untuk membuang pokok-pokok hutan yang mengganggu pertumbuhan pokok durian di sini.

“Kawasan ini ada lebih 500 pokok durian yang ditanam pada 1992 kerjasama Jabatan Pertanian menerusi bantuan tanaman berkelompok.

“Apabila melihat trend buah durian mendapat permintaan tinggi oleh orang ramai, kami mahu mengusahakan semula dan membersihkan tapak ini agar pertumbuhan pokok durian lebih baik.

“Kami juga mahu menyulam dengan tanaman pokok getah selain menggelakkan gangguan binatang seperti monyet dan kera merosakkan buah durian di sini,” katanya.

Samsiah juga berbesar hati menerangkan perkara sebenar kepada penduduk yang masih meragui bagi mengelakkan berlaku salah faham.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.