Monorel Melaka Mula Beroperasi Esok

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Perkhidmatan Monorel Melaka akan mula beroperasi semula esok setelah digantung perkhidmatan sejak 2013. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Zainal Hussin berkata perkhidmatan monorel itu akan beroperasi mulai 10.00 pagi hingga 10.00 malam pada hari biasa dan akan dilanjutkan hingga ke 12.00 tengah malam pada Sabtu dan Ahad.

“Buat masa ini, perkhidmatan monorel ini hanya mempunyai satu gerabak yang boleh menampung seramai 15 penumpang dan akan bergerak selama 30 minit bagi setiap pusingan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata tiket boleh didapati dengan harga RM10.00 seorang.

Monorel Melaka yang mula beroperasi pada 2010 terpaksa digantung operasi perkhidmatannya susulan insiden dua penumpang yang juga pelancong dari Britain terkandas pada 1 November 2011.

Monorel sepanjang 1.6 kilometer itu dibina dengan kos RM16.5 juta, menghubungkan Taman Rempah ke Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya. – Bernama

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.