Mengenali Kaum Chetty

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chetti Melaka adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka. Masyarakat ini tidaklah boleh disamakan dengan masyarakat chettier yang terkenal di bidang meminjamkan wang. komuniti yang unik ini menetap di sebuah Kampung Chetti, Gajah Berang, Melaka.

chetty3

Sekiranya diperhatikan, masyarakat Chetti banyak menerima pengaruh orang Melayu dan Baba Nyonya dari aspek pakaian, makanan dan barang perhiasan. Hal ini menunjukkan bahawa dalam pada mengekalkan budaya yang diwarisi turun-temurun, masyarakat Chetti juga berasimilasi dan menerima banyak pengaruh daripada masyarakat sekeliling sejak dahulu.

chetty2

Selain daripada mengekalkan nama-nama berunsur Hindu, masyarakat Chetti juga masih menggunakan nama keluarga, pada hujung nama. Antara nama keluarga yang terdapat di Kampung Chetti di Melaka adalah Pillay, Naiker, Padayachi, Mudaliar, Konar dan Kullen.

chetty1

pakaian tradisional mereka pula lebih mirip kepada bangsa Melayu iaitu kebaya labuh dan bersanggul tiga bagi wanita manakala yang lelakinya pula berkain pelekat, baju Melayu labuh dan talapa iaitu kain seperti serban bagi menutup kepala.

Dari aspek agama pula, masyarakat Chetti sejak dahulu berpegang teguh pada ajaran agama Hindu, mazhab Saiva yang menyembah Tuhan dalam bentuk rupa Dewa Shiva. Walaupun berlaku perkahwinan campur, masyarakat Chetti tidak meninggalkan agama yang dianuti sejak turun-temurun.

Pada hari Ponggol masyarakat Chetti akan memasak makanan tradisional mereka seperti nasi lemak kukus berlauk pinding ikan parang, kuah terung, sambal timun, udang, urap kelapa, kangkung tumis, kacang goreng minyak, acar cili dan sambal taik minyak. Ia disediakan kira-kira tiga hari sebelum menjelangnya perayaan tersebut kerana ia perlu disiapkan dengan penuh teliti. Mereka yang memasak tidak boleh bersembang dan merasa makanan yang mereka masak kerana adalah dikhuatiri jika mereka melanggar pantang larang ini arwah nenek moyang mereka akan mengutuk serta mendatangkan bencana terhadap keluarga mereka.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.