Mendaki Di Bear Hill

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Bagi mereka yang mengemari aktiviti lasak anda boleh cuba mendaki Bear Hill ini, yang menjanjikan pandangan indah setibanya anda dipuncak. Bukit ini terletak di belakang Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang yang mana ia mempunyai pemandangan Melaka yang sangat cantik dan mendamaikan apabila berada di puncak, selain terdapat banyak flora dan fauna di bukit ini. Bagi anda yang pertama kali datang ke sini mungkin anda sedikit ragu-ragu kerana anda akan melalui kawasan perumahan. Bukit ini terletak berdekatan dengan Taman Bunga Raya iaitu taman perumahan yang mana anda akan melaluinya untuk sampai ke sana.

hill1

Pada asalnya, Bear Hill merupakan kawasan yang menempatkan sebuah menara telekomunikasi dan dijadikan kawasan riadah penduduk berhampiran dan pelajar dari Universiti berhampiran. Namun, hasil perkongsian kaki-kaki daki di bukit ini di laman sosial menjadikan ianya viral bukan sahaja bagi penduduk Negeri Melaka malah dari luar Melaka.

hill2

Untuk mendaki bukit ini, anda harus mempersiapakn stamina yang secukupnya. ini kerana kawasan pendakian agak bercerun dengan traknya yang licin, sedikit sebanyak memberikan cabaran buat pendaki. zoon pendakian terbahagi kepada berberapa check poin. Pendakian dianggarkan mengambil masa selama 1 ke 2 jam, bergantung pada tahap kecergasan individu yang mendaki. jarak antara laluan permulaan sehingga ke puncak bukit sejauh 5.2km.

hill3

Boleh dikatakan setiap hujung minggu, puncak bukit ini pasti dipenuhi oleh orang ramai. Ketinggian yang sederhana ini menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian. Bila berada di puncak bukit ini anda dapat melihat pemandangan yang cukup hijau. Ketinggian bukit ini tidaklah terlalu tinggi. setinggi 116.73 Meter, dan sesuai untuk dijadikan tempat latihan bagi mereka yang baru berjinak-jinak untuk menceburi aktiviti pendakian.

hill4

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.