Melawak Sehingga Ke Penghujung Usia

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Datuk Ali Mamak atau Jantan Osman merupakan pelakon dan pelawak veteran Malaysia. Beliau pernah menghasilkan beberapa album lagu berunsur komedi. Sitkom Santan Berlada pada tahun 1980-an bertanggungjawab meletakkan nama Ali Mamak sebagai salah seorang pelawak dalam persada seni hiburan tanah air. Beliau meruapakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah.

ali1

Ali Mamak bukanlah pelawak yang “kosong” beliau berlawak dengan ilmu yang sangat tinggi, misalnya, banyak menyelitkan mesej berunsur kritikan sosial serta nasihat dalam kebanyakkan lawak jenaka yang dipersembahkannya sejak terbabit dalam bidang seni kira-kira 20 tahun lalu. Osman Jantan atau Ali Mamak dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk. Gelaran tersebut secara tidak langsung memberi pengiktirafan terhadap bidang lawak jenaka yang diceburinya di mana ia juga mewakili golongan pelawak yang lain.

ali2

Alllahyarham pada suatu ketika dahulu pernah melahirkan kekesal berkenaan layanan yang diterima oleh pelawak. ” Katanya pelawak sering dianaktirikan dalam soal bayaran di mana bayaran persembahan pentas yang mereka terima jumlahnya agak kecil berbanding penyanyi. selain daripada itu beban tugas yang terpaksa dipikul oleh golongan pelawak dalam menjayakan sesuatu persembahan tanpa adanya unsur diskriminasi” (utusan 29/9/2009)

Alllahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada tanggal 27 march 2014, jam 4.20 pagi akibat kanser.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.