Melaka Sentral Jawab Tuduhan Pendingin Hawa Ditutup

Pihak pengurusan Melaka Sentral menjelaskan waktu operasinya bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari. Ia berikutan timbul rasa tidak puas hati di kalangan pengguna apabila pendingin udara di terminal bas berkenaan secara tiba-tiba ditutup, manakala lebih 200 pengguna berada di ruang menunggu dalam bangunan itu kira-kira jam 10.30 malam semalam.

Pengurus Bangunan Melaka Melaka Sentral, Badrul Hisham Md Shah berkata, perkara tersebut telah dinyatakan pada pintu masuk bangunan berkenaan dan diamalkan sejak Melaka Sentral mula beroperasi.

“Kebiasaannya memang pukul 10 malam kita sudah tutup aircond tapi, semalam pintu di ruang menunggu kita tutup pukul 11.30 malam.

“Orang ramai boleh duduk di bahagian dalam tetapi tak boleh masuk di kawasan yang kita sudah buat kepungan iaitu di tengah-tengah. Tetapi memang kita akui agak panas sedikit.

“Kebiasaan musim perayaan bas yang datang dari utara memang lambat tapi dia cuma turunkan penumpang sahaja.

“Begitu juga bas yang hendak keluar pun lambat, kadang-kadang mengikut waktu sepatutnya pukul 9 tapi pukul 10.30 baru keluar,” katanya di sini, hari ini.

Isu timbul apabila beberapa pengguna Melaka Sentral menghubungi Sinar Harian menyatakan keluhan mereka apabila diarah keluar dari ruang menunggu ketika keadaan di situ sesak dengan orang ramai yang menunggu bas.

Antara keluhan mereka, Melaka Sentral sesak, bas jam 9 malam pun masih belum sampai, pengurusan Melaka Sentral pula suruh orang ramai keluar sebab nak tutup, macam tak de hati perut.

Sumber : Sinar Harian

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.