Mayat Berulat Jatuh Pokok Petai

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terbaring dan berulat di bawah sebatang pokok petai di Kampung Paya Lubuh, Tanjung Kling di sini hari ini.

Mangsa, Asman Ayub, 46 dipercayai terjatuh ketika memetik petai sejak tiga hari lalu sebelum ditemui seorang penduduk kampung yang membersihkan kebun terletak bersebelahan kawasan berkenaan pada jam kira-kira 9.45 pagi tadi.

Seorang penduduk, Ramlah Osman, 63, berkata, kali terakhir dia berjumpa mangsa, pada Ahad lalu dan tidak menyangka jirannya itu ditimpa kemalangan kerana tidak menghidu bau busuk walaupun mayat ditemui hanya jarak kira-kira 20 meter dari rumahnya.

“Mangsa masih bujang dan belum berkahwin dan hanya mengharapkan pendapatan daripada hasil kerja kampung.

“Ahad lalu saya ada berjumpa dengan dia (mangsa) dan memberikan dua bungkus nasi lemak kepadanya.

“Saya terkejut bila dapat tahu orang kampung jumpa mayat dia dan masih terkenangkan kerajinan dia bantu saya membersihkan kawasan belakang rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Lubuh, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Polis Daerah Melaka Tengah, Asistan Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati mayat mangsa mengalamai patah tulang bahu dan dipercayai terjatuh dari tempat tinggi.

“Polis mengklasfikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.