Marhum Tanjung Tuan

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Almarhum Sultan Iskandar Syah atau Parameswara memerintah Melaka pada tahun 1402 – 1424 Masihi. Almarhum juga adalah Sultan Melaka yang pertama dan juga pengasas empayar Melaka. Di zaman baginda, Islam mula masuk dan menjadi anutan seluruh empayar Melaka. Sebelum Melaka dijadikan sebagai sebuah pelabuhan, ia hanyalah sebuah perkampungan nelayan biasa yang berada di bawah naungan Siam dan Majapahit.

tanjung1

Ketika Almarhum dan rombongannya tiba di Melaka, Almarhum telah mengubah perkampungan ini menjadi sebuah kota pelabuhan interpot yang paling masyhur di timur jauh. Kuasa barat melihat Melaka pada masa itu sebagai Kota Venice di timut jauh. Mereka berlumba lumba ingin menguasai perdagangan rempah ratus di Melaka, namun tiada satu kuasa pun dari barat yang berani sampai ke Melaka, kerana ia dianggap terlalu jauh.

tanjung2

Walaubagaimanapun kuasa dari timur tengah seperti Kerajaan Seljuk, Farsi dan Mesir telah mula menjalinkan kerjasama perdagangan dengan Melaka. Pada tahun 1408, Maharaja Ying Lu dari Empayar China telah menghantar wakilnya Laksamana Cheng Ho untuk mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Melaka. Dengan wujudnya hubungan rasmi antara Melaka dan China, maka terhalanglah segala usaha untuk menyerang Melaka oleh Majapahit dan Siam.

tanjung3

Pada tahun 1412, Almarhum telah memperkenalkan sistem tulisan jawi bagi menggantikan tulisan sanskrit dan hindu sebagai tulisan utama bagi empayar Melaka. Tulisan jawi diambil daripada tulisan arab dan tulisan Al Quran dan ia telah menjadi tulisan rasmi bagu setiap urusan rasmi kerajaan dan perdagangan. Seterusnya pada tahun 1416, Almarhum telah memperkenalkan matawang bagi Empayar Melaka bagi memudahkan urusan perdagangan. Sebelun ini setiap urusan perdagagan di pelabuhan menggunakan sistem tukar barang atau sistem barter, namun setelah matawang mula diperkenalkan oleh Almarhum maka matawang Dinar Melaka telah menjadi tukaran utama dalam perdagangan.

tanjung4

Almarhum Sultan Iskandar mangkat pada tahun 1424 Masihi pada usia 84 tahun dan dimakamkan di suatu kawasan tanjung berbukit di tepian Selat Melaka. Kawasan ini sangat cantik dan ia adalah kawasan bukit yang paling tinggi di tepian Selat Melaka dan boleh dilihat dari tengah Selat Melaka. Asalnya tanjung berbukit ini tiada nama dan oleh kerana Almarhum Sultan Iskandar Syah dimakamkan di sini, maka ia akhirnya diberi gelar Tanjung Tuan.

Catatan dari penulis Portugis bernama Godinho De Eredia menyatakan:

“Raja Melaka itu (Parameswara) mangkat dan ditanamkan di kemuncak sebuah bukit di Tanjung Tuan (Cape Rachado) itulah sebabnya dinamakan Tanjung Tuan.”

Tanjung ini juga terletak di kawasan paling sempit di Selat Melaka di mana jaraknya daratan pantai Tanjung Tuan dengan daratan pulau Sumatera hanyalah 40 kilometer sahaja dan boleh dilihat pulau Sumatera dari puncak bukit ini jika cuaca baik.

Mengapa Almarhum Sultan Iskandar Syah dimakamkan di sini? . Mengikut beberapa pendapat dari sejarawan, pada waktu itu belum ada lagi Makam Diraja di Melaka. Almarhum adalah Sultan Melaka yang pertama dan tidak ada sultan sebelumnya. Sebab itu tidak ada makam diraja untuk mengkebumikan Almarhum.

Selain itu taraf Almarhum sebagai Sultan juga menjadikan puncak bukit sebagai pilihan sebagai lokasi pemakaman. Mengikut konsep dan adat kehinduan, seorang raja semestinya dikebumikan di puncak bukit. Konsep kehinduan ini pula tidak bercanggah dan menyalahi aqidah Islam. Makam orang Islam boleh terletak di mana mana termasuk di atas bukit. Pada masa itu pengaruh hindu masih kuat kerana agama Islam masih baru di Melaka. Maka tidak hairanlah konsep ini telah digunapakai.

Oleh kerana Almarhum dimakamkan di Tanjung Tuan maka baginda digelar Marhum Tanjung Tuan. Ini bermakna Tanjung Tuan telah wujud sejak era Kesultanan Melaka lagi. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini tiada lagi tanda makam yang tinggal. Kesemuanya telah musnah akibat daripada pembinaan Rumah Api di puncak bukit ini. Selepas Portugis menawan Melaka pada tahun 1511, tanjung ini telah diambil alih oleh Portugis dan dibangunkan sebuah rumah api di atasnya kerana kedudukannya yang sangat strategik.

Pihak Portugis langsung tidak peduli tentang kewujudan makam salah seorang Sultan Melaka di puncak bukit itu. Seperti makam sultan sultan Melaka yang lain, semuanya dirobohkan oleh Portugis dan batu batuannya dijadikan bahan binaan Kota A Famosa yang mengelilingi Bandar Melaka. Sungguhpun begitu para sejarawan tempatan sepakat bahawa rumah api di Tanjung Tuan ini ialah tapak sebenar makam pengasas Empayar Melaka Almarhum Sultan Iskandar Syah ataupun Parameswara

Kredit Kepada Penulis : mohd khairil mohd yusof

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.