Maktab Perguruan Perempuan Melayu Tertua Di Malaysia

Tujuh puluh enam tahun lalu, pada 31 Januari 1935 satu lakaran sejarah dunia pendidikan guru tercatat apabila sebuah Maktab Khas untuk kaum wanita di Tanah Melayu telah dibuka dengan rasminya MWTC. Maktab yang terletak di durian daun, melaka ini ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih guru-guru wanita melayu khususnya bagi pendidikan di sekolah rendah perempuan aliran melayu.

ipg1

Pada peringkat permulaan seramai 24 orang pelatih yang datang dari seluruh Tanah Melayu telah diterima untuk memulakan sesi pertama pengajian pada 1 Februaru 1935. Pelatih-pelatih yang terpilih ini merupakan lulusan darjah lima Sekolah Melayu yang berjaya melepasi proses temuduga yang dijalankan oleh bahagian pelajaran. Pemgambilan pelatih ini dibuat secara menyeluruh iaitu 14 orang dari Negeri-Negeri Selat dan 10 orang dari Negeri-Negeri Melayu.

ipg2

Kumpulan pelatih perintis ini menjalani latihan selama dua tahun di bawah seliaan pengetua pertama MWTC, Cik Pardom, iaitu bekas Penyelia Wanita Sekolah-Sekolah Melayu, Negeri-Negeri Selat dan pembantunya Cik M.lomas. Pada peringkat permulaan ini mtwc beroperasi di blok-blok bangunan lama Hospital Melaka yang diubahsuai oleh Kerajaan Kolonial British.

ipg3

Selaras dengan tujuan penubuhan dan kedudukan sebagai Maktab khas untuk melatih golongan wanita menjadi guru di Tanah Melayu, kurikulum MWTC berkecenderungan ke arah memberi latihan urusan rumahtangga dan keperluan hidup sehari-hari sebagai seorang suri rumahtangga. Sukatan pelajaran selama dua tahun ini merupakan ulangkaji semula sukatan pelajaran untuk perempuan dari darjah satu hingga darjah lima. mata pelajaran yang di ajar terdiri daripada kira-kira, membaca, menulis rumi dan jawi, karangan, sejarah, ilmu alam kejadian, sains rumahtangga, kebersihan, prisip-prinsip pengajaran, pengetahuan agama, nyayian, senaman, permainan, jahitan, lukisan, dan kerja tangan.

ipg4

Pada peringkat awal penubuhanya sehingga tahun 1995, lulusan maktab ini dianugerahi dengan Sijil Perguruan kemudianya Diploma Perguruan dari tahun 1996 hingga tahun 2004. Mula dari julai 2005 sejajar dengan kedudukannya yang dinaik taraf kepada Institu Pendidikan Guru, para pelatih lulusanya dianugerahi dengan Ijazah Pertama Perguruan.

Selari dengan tuntutan dan perkembangan semasa, maktab ini bertukar namanya berberapa kali. Bermula darI Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) diikuti dengan Institut Perguruan Perempuan Melayu (IPMM) dan bermula 25 Ogos 2008, maktab ini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM). Sepanjang 76 tahun penubuhanya MWTC/MPPM/IPPM/IPGKPM dianggap unik keran Maktab ini merupakan satu-satunya Institusi Latihan Guru yang melatih bakal guru-guru perempuan, berketurunan Melayu dan beragama Islam.

Sejak penubuhanya, institut pendidikan ini telah melahirkan puluhan ribu guru pelatih yang memikul amanah mendidik anak bangsa di seluruh pelusuk tanah air. didikan yang diterima oleh para guru lepasan MWTC/MPPM/IPPM/IPGKPM ini bukan sahaja berjaya menghasilkan guru yang cermelang dalam bidang pendidikan bahkan juga melahirkan insan-insan yang berjaya di persada Politik dan Kesusasteraan Negara.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.