Makam Sultan Ali Di Umbai

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Pada tahun1819 Stamford Raffles menandatangi perjanjain dengan Sultan Hussin (Tengku Long). Dengan perjanjian ini Sultan Husin menyerahkan Pulau Singapura kepada Inggeris. Sebagai balasan Sultan Husin menerima pampasan sebanyak…
Sultan Husin ini akhirnya mangkat dan dikebumikan di perkarangan Masjid Tengkerah, Melaka pasa tahun 1835 Salah seorang anak Sultan Husin ini ialah Sultan Ali.

ali1

Ketika Sultan Husain Syah mangkat pada tahun 1835, putera baginda yang bernama Tengku Ali masih lagi kecil, berumur kira-kira 11 tahun. Pada tanggal 10 Mac 1855, iaitu ketika berusia 35 tahun, Tengku Ali, putera Almarhum Sultan Husain Syah, telah dilantik oleh Inggeris dengan persetujuan Temenggung Seri Maharaja Johor menjadi Sultan Johor. Perlantikan itu dibuat di Singapura. Sungguh pun telah dilantik menjadi Sultan Johor, baginda sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kuasa, yang berkuasa di Johor waktu itu ialah Temenggung Seri Maharaja Daing Ibrahim. Sultan Ali hanya diberi sebuah kawasan iaitu Muar-Kesang yang tidak mempunyai apa-apa hasil sebagai kawasan pemerintahannya.

ali2

Sultan Ali mangkat di Umbai pada 20 Jun 1877. Kemangkatan baginda telah menimbulkan banyak masalah, mengikut adat Istiadat Kesultanan Melayu peganti baginda perlu hadir dalam majlis pengebumian. Malangnya puteranya Tengku Alam tidak mahu hadir, sebelum Inggeris melantik beliau sebagai “Sultan” menggantikan bapanya. British sengaja tidak mahu melantik Tengku Alam sebagai pengganti sultan. Oleh itu Tengku Alam yang berada di Istana Kampung Gelam enggan pergi ke majlis pengkebumian bapanya Sultan Ali di Umbai Melaka.

ali3

Mayat Sultan Ali terbujur di rumah selama lebih kurang 2 minggu. Mengikut catatan sejarah kerandanya terpaksa ditambah tanah dan menjadi bagitu berat. Beliau akhirnya dipujuk oleh Mahajara Abu Bakar, Johor supaya hadir ke Majlis pemakaman itu. Dengan menaiki kapal Maharaja Abu Bakar beliau akhirnya datang tetapi melihat dari jauh sahaja. Beliau bagitu keciwa tidak dilantik sebagai sultan menggantikan bapanya dan akhirnya kawasan jajahan bapanya antara Sungai Kesang dan Sungai Muar di kembalikan kepada Johor.

ali4

Beliau dimakamkan di sebuah kawasan yang beliau sendiri mengwakafkan dan kawasan itu digunakan oleh keluarga isteri beliau. Namun demikian penduduk tempatan dibenarkan dikebumikan dikawasan tersebut tetapi perlu dikenakan bayaran dan bayaran itu untuk dikhairatkan ke masjid Umbai.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.