Kubu Bentayan Tapak Sejarah Yang Dilupakan

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Sejarah merupakan satu rentetan peristiwa yang telah berlaku. Sama ada ia positif atau negatif, nilai sejarah itu harus dipelihara agar menjadi tatapan generasi akan datang dan juga sebagai bahan kajian untuk menambah baik kehidupan seharian di masa – masa akan datang dan juga dalam aspek bernegara. Kerana itulah, pemeliharaan dan pemuliharaan bahan – bahan sejarah ini begitu penting dalam memastikan negara kita terus kekal dalam jatidiri yang positif selain mampu meningkatkan ekonomi tempatan melalui pelancongan-sejarah.

bentayan1

Setelah kota Melaka di tawan, Sultan Mahmud Shah berundur ke tanjung agas, seterusnya menyeberang sungai Muar menuju darat di tempat Istana Sultan Johor yang ada di Muar sekarang. Disitu Sultan Mahmud Shah menitahkan pengikutnya membina kubu pertahanan, tetapi malangnya ketika mereka sedang membina kubu tersebut, Portugis tiba dan melancarkan serangan dibantu oleh lanun-lanun yang berkeliaran diselat melaka.

bentayan2

Akibat dari serangan itu, sultan mengarahkan sebahagian pengikutnya berundur. Satu bahagian diketuai oleh Datuk Maimon berundur ke suatu tempat dinamakan parit sakai buruk. Mereka memancing askar musuh bertempur di situ manakala sultan pula berundur ke suatu tempat bernama kuala bentayan.

bentayan3

Baginda membina kubu pertahanan di Bentayan . Kubu bentayan menjadi kubu penting kerana ia adalah tempat operasi dan merangka strategi pengepungan dari laut oleh pihak sultan. Dalam dua tahun, Pihak portugis berjaya menguatkan persenjataan mereka apabila bantuan dari Goa tiba, Serangan demi serangan dilancarkan oleh portugis akhirnya Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentayan. Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Riau, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Riayat Shah II tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19.

Selain daripada itu Muar di era Portugis juga menempatkan sebuah kubu iaitu ‘Fortaleza de Muar’ bagi mempertahankan koloni Portugis daripada serangan Belanda dan Aceh. Malahan, British juga pernah berkubu di kawasan berhampiran Kubu Bentayan sewaktu menahan serangan Tentera Imperial Jepun, dalam Battle of Muar sewaktu Perang Dunia Kedua tahun 1942 dahulu.

Kini Kubu yang di anggap penting dan strategi ini dijadikan Hentian Bas Ekspress dan hanya papan tanda buruk dan usang menghiasi kubu penting ini. Patutkah kita memperjudikan sejarah silam yang menjadi sumber rujukan serta tauladan anak muda masa kini, dibiarkan usang?? Dimana sumbangan kita sebagai rakyat dalam memperjuagkan sejarah silam nenek moyang kita? dimanakah pula peranan kerajaan dalam membela legasi yang bergitu penting ini?. tepuk dada dan tanya dimanakah sumbangan kita.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.