Kisah Sultan Pertama Pahang Yang Diusir Dari Melaka.

Sultan Muhammad Shah ibni Almarhum Sultan Mansur Shah (1455-1475) adalah Sultan Pahang yang pertama yang memerintah dari 1470 hingga 1475. Pada mulanya dilantik sebagai pewaris tahta Maharaja Mansur Shah (Kesutanan Meleka).

pahang1

Namun disingkirkan sebagai pewaris tahta kerana, Berlakulah peristiwa di mana anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak yang bernama Tun Besar sedang bermain sepak raga telah dibunuh akibat ditikam dengan sebab telah menjatuhkan destar Raja Muhammad yang sedang berkuda. Lantaran peristiwa itu, Raja Muhammad telah ditolak dari bumi Melaka dan dirajakan di Pahang sebagai sultan yang pertama, bergelar Sultan Muhammad Shah.

pahang2

Dikenali sebagai Raja Muhammad sebelum ditabalkan, beliau adalah anak kedua Sultan Melaka keenam,iaitu Mansur Shah. Selepas baginda diusir dari tahta kesultanan melaka, beliau telah bermula sebagai sultan pahang yang pertama. Dikatakan bahawasanya kerajaan Sultan Muhammad Shah terbentang dari Sedili Besar ke sempadan Terengganu. Terdapat bukti menunjukkan Baginda menetap di Tanjung Lanngar.

pahang3

Sultan Muhammad Shah telah berkahwin dengan Putri Mengindra Putri, anak perempuan Iskandar Shah, Sultan Kelantan. Beliau meninggal dunia akibat keracunan pada 17 September 1475 dan dikebumikan di Langgar, Dusun Pinang, Pahang. Dia digelar Marhum Langgar. Selepas kemangkatan sultan muhammad shah, kesultanan Pahang (Melaka ) diteruskan sehinggalah kesultanan ini berakhir pada 1676-1688.

Rujukan : -Pahang – Genealogy of Melaka dynasty
-http://www.dirajapahang.my

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.