Kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Berakhirnya Sebuah Legasi Kesultanan Melaka

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang yang terletak di Kota Tinggi Johor, ialah makam untuk Paduka Sri Sultan Mahmud Shah II ibni al-Marhum Sultan Ibrahim Shah. Baginda ialah sultan Johor yang ke-9, dan yang terakhir dari keturunan sultan-sultan Melaka. Baginda menjadi sultan untuk Johor, Pahang dan Lingga, dari 1685 hingga pembunuhan baginda pada 3hb September, 1699.

julang1

Sultan Mahmud II diputerakan pada tahun 1675. Baginda ditabalkan ketika hanya berusia 10 tahun, setelah ayahandanya, Sultan Ibrahim, telah mati diracun oleh tiga isterinya. Baginda adalah anak kepada isteri ketiga Sultan Ibrahim. Oleh sebab baginda masih di bawah umur, takhta di bawah kabupaten bersama ibunya dan Bendahara. Ketika hayat baginda Sultan Mahmud, urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi, dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Di sinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama.

julang2

Makam Sultan Mahmud

Alexander Hamilton, seorang pelayar Inggeris yang sempat berkunjung ke Johor Lama tahun 1695 menulis tentang keganjilan perilaku sultan tersebut. Baginda bertabiat bengis dan ganjil. Perangai ini disahkan juga oleh utusan Belanda ke Johor tahun 1699 yang melaporkan sultan itu terlalu muda dan sukar dikawal. Sultan ini menghabiskan masa dengan keseronokan yang keji-keji dan membunuh orang sesuka hati. Nafsu serakahnya lebih cenderung kepada lelaki yang cantik-cantik. Alexander dalam bukunya, ‘A New Account of The East Indies’- Edinburgh 1727 ada melakarkan kisahnya.

julang3

Kemuncak kezalimannya ialah membunuh isteri orang besarnya iaitu Megat Seri Rama . Isterinya, Dang Anum yang mengandung sarat itu mengidam buah nangka dalam taman diraja. Apabila baginda tahu akan kejadian itu, baginda dengan zalim atau kebodohannya telah membelah perut Dang Anum bagi melihat betulkah anak dalam kandungan yang mengidam buah nangka raja.

julang4

Makam Laksamana Bentan( Megat Sei Rama)

Laksamana Bentan( Megat Sei Rama) yang baru pulang daripada mejalankan titah sultan menghapuskan lanun-lanun di kepulauan Riau, telah mengetahui perihal kematian isterinya ( Dang Anum) yang sedang sarat mengandung sulung itu. Tatkala Sultan Mahmud Syah II berkira-kira untuk berangkat meninggalkan istana buat kali yang terakhir, seorang pengiring baginda telah datang dan menyembahkan sebilah keris untuk dipakai oleh baginda, sebagai langkah berjaga-jaga. Baginda turun dari istana dan memasuki usungan yang diangkat oleh empat orang pengiring dengan dikelilingi oleh ramai pengawal istana.

Tatkala sultan hampir dengan tangga masjid dan masih lagi di atas usungan, Megat Seri Rama dengan tanpa berlengah lagi menerkam dan menikam baginda tepat pada perut sultan, darah merah pekat membuak-buak membasahi pakaian baginda sultan dan menitis jatuh di atas tanah. Di saat sakaratulmaut sudah menghampiri, Sultan Johor, Sultan Mahmud II sempat mencabut kerisnya dan melontarkan ke tanah terkena hujung ibu jari Megat Seri Rama.

Laksamana Bentan sempat mengerang hanya seketika, sebelum jatuh menemui ajal tidak lama kemudian. Sumpahan seorang sultan yang penuh daulat ” Aku sumpah tujuh keturunan Bentan akan muntah darah kalau pijak bumi Kota Tinggi” . Baginda mangkat sebelum diturunkan di atas usungan. Kematian baginda, maka putuslah zuriat raja-raja Johor daripada keturunan dinasti Raja Melaka.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.