Kincir Air Pertama Di Melaka Terbesar Di Malaysia

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Muara Sungai Melaka merupakan tapak asal yang menjadi saksi kewujudan pelabuhan Melaka di zaman Kesultanan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang menghubungkan Timur & Barat, China dan Asia Tenggara, India dan Eropah pada abad ke-15 dan 16.

kincir1

Telah dicatitkan sebanyak 84 bahasa dipertuturkan di Melaka dan 4 orang Syahbandar dipertanggungjawabkan menjaga kepentingan pedagang asing. Lebih 2000 pengangkutan laut pelbagai jenis berlabuh di pelabuhan Melaka. Pedagang dari Tanah Arab, Parsi, India, China, Ryukyu, Filipina dan Siam bertumpu di pelabuhan Melaka disebabkan kedudukan semulajadinya yang strategik di kawasan sempit di Selat Melaka dan dilindungi dari taufan oleh Pulau Sumatera serta kawasan pertukaran angin monsun yang sesuai untuk kapal-kapal perdagangan.

kincir2

Muara Sungai Melaka pula sekali lagi melihat sejarah dicipta di sini dengan pembinaan sebuah Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka setinggi 13 meter. Kincir Air adalah alat untuk menimba dan mengalirkan air dari anak sungai untuk kegunaan pedagang. Lazimnya kincir berbentuk roda dibina di kawasan saluran sungai atau parit yang airnya deras bagi membolehkan pengayuh bergerak dan memusingkan roda. Teknologi kincir air terdapat di Hama di Syria, negara China, India dan Eropah.

kincir3

Pembinaan semula replika Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka ini melambangkan kehebatan Melaka dan teknologi ketika itu untuk dipertonton dengan lebih dekat kepada para pelancong. Putaran kincir air ini memperlihatkan kitaran kehidupan dan evolusi tamadun manusia akan kekal dan berulang kembali andai ilmu sentiasa dicari dan sejarah dijadikan pengajaran dan panduan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.