Kereta Lembu Warisan Melaka

Kereta lembu merupakan kenderaan dua roda yang ditarik oleh lembu. Ia merupakan pengangkutan yang digunakan sejak masa silam lagi di kebanyakan tempat di dunia. Ia masih digunakan hari ini di mana kenderaan moden terlalu mahal atau infrastruktur tidak menyokong kereta.

lembu1

Kereta lembu yang ditarik oleh seekor lembu lebih kebiasaannya digunakan bagi mengangkut barangan. Rangka kereta dipasang pada lembu penarik dengan menggunakan rantai khas yang diikat pada kayu gandar. Akan tetapi, tali biasa sahaja boleh juga digunakan untuk seekor atau dua lembu. Pemandu dan pengiring barangan akan duduk di hadapan, dan beban dimuatkan di belakang. Secara tradisi barangan dibawa merupakan hasil pertanian dan balak.

lembu2

Kereta lembu merupakan warisan pengangkutan tradisional yang menjadi lambang kemegahan Negeri Melaka. Diperkenalkan sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 oleh saudagar-saudagar India. Bentuk kereta lembu Melaka menyerupai “Wagon” di Amerika pada zaman dahulu yang ditarik oleh kuda. Ciri-ciri yang melainkan kereta lembu Melaka ini dengan yang lain ialah bumbungnya yang berbentuk seperti tanduk lembu yang berwarna-warni. Selain daripada kereta lembu yang digunakan di Melaka, pada zaman Abdullah dan sebelumnya itu terdapat juga, keterangan mengenai kereta kerbau atau pedati kerbau. Pada kebiasaannya pedati ini digunakan di kawasan bandar dan persekitarannya sahaja bagi tujuan menarik barang-barang.

lembu3

Kini, penggunaan kereta lembu tidak digalakkan di kawasan bandar kerana ia boleh menyebabkan kesesakan lalu-lintas. Walau bagaimanapun ia tetap digunakan di kawasan-kawasan luar bandar untuk mengangkut padi, kayu api, rumput, perabut dan sebagainya. Sekali-sekala apabila Pesta Kebudayaan diadakan, kita berpeluang menyaksikan kereta-kereta lembu yang dihiasi indah lengkap dengan gong dan tambor melintasi Bandar Melaka menuju ke tempat pesta.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.