Kenali 10 Ketua Menteri Melaka

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Ketua Menteri ia digunakan untuk merujuk kepada ketua kerajaan negeri-negeri Malaysia yang tidak mempunyai Sultan seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak yang mana gelaran Menteri Besar digunakan di negeri-negeri lain yang mempunyai raja.

km1

1- Tan Sri Dato Kurnia Jasa Osman Bin Talib

Tan Sri Dato Kurnia Jasa Osman Bin Talib (lahir di Gopeng , Perak) dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka yang pertama dari 31 Ogos 1957 hingga 31 Mei 1959 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman.

Selepas menamatkan perkhidmatan beliau menetap di Bukit Tunku/ Kenny Hill dan meninggal dunia di sana. Jenazah beliau dibawa ke Bukit Chandan, Kuala Kangsar untuk dikebumikan di Makam Al-Ghufran sebelah Masjid Ubudiah.

km2

2- Tun Abdul Ghafar bin Baba

Allahyarham Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 – 23 April 2006) merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada tahun 1959 Tun Ghafar menolak tawaran jawatan Ketua Menteri Melaka sehingga memaksa Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mengancam untuk membiarkan negeri itu tanpa Ketua Menteri. Tun Ghafar akhirnya akur dengan kehendak Tunku dan memegang jawatan Ketua Menteri Melaka ke 2, selama lapan tahun (1959-1967).

km3

3- Dato Haji Talib Bin Karim

Allahyarham Dato Haji Talib Bin Karim menjadi Ketua Menteri Melaka yang ketiga iaitu dari 6 Oktober 1967 hingga 31 Julai 1972. Dato Haji Talib Bin Karim dilahirkan pada 12 Disember 1909 di Kampung Baru, Alor Gajah, Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Gajah, kemudian melanjutkan pelajarannya ke High School, Melaka pada tahun 1930.

km4

4-Datuk Setia Abdul Ghani bin Ali

Beliau adalah seorang guru sebelum melibatkan diri di dalam politik negeri Melaka dan dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka keempat dari 1 Ogos 1972 hingga 10 Julai 1978. Datuk Setia Abdul Ghani bin Ali merupakan ahli politik dari parti UMNO yang berkelulusan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

km5

5-Dato’ Seri Haji Mohd Adib bin Haji Mohamad Adam

Beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka yang kelima dari 11 Julai 1978 – 26 April 1982. Beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri Penerangan Malaysia dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan.

km6

6-Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik lahir pada 10 April 1950 di Masjid Tanah. Menjawat Jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke enam dari 26 April 1982 – 13 Oktober 1994. Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri di bawah kepimpinan Tun dr Mahathir Mohammad. Beliau juga bekas pengurusi RISDA.

km7

7- Datuk Seri Wira Haji Mohd Zain Haji Abdul Ghani

Allahyarham Datuk Seri Wira Haji Mohd Zain Haji Abdul Ghani merupakan Ketua Menteri Melaka yang ketujuh dari 14 Oktober 1994 hingga 14 Mei 1997. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah setuju melantik beliau sebagai Ketua Menteri Melaka bagi menggantikan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri berikutan terbabit dengan skandal membabitkan gadis di bawah umur.

km8

8- Datuk Seri Abu Zahar Bin Haji Isnin

Allahyarham YAB Datuk Seri Abu Zahar Bin Haji Isnin merupakan ahli politik dari negeri Melaka dan merupakan bekas Ketua Menteri Melaka yang kelapan dari 23 Mei 1997 sehingga 02 Disember 1999.

Beliau dilahirkan pada 14 September, 1937 di Kampung Merlimau Pasir, Melaka. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Melayu Merlimau selama tiga tahun dan seterusnya ke Sekolah Tinggi Melaka dalam Special Malay Class pada tahun 1948. YAB Datuk Seri Abu Zahar meninggal dunia pada 12 Julai 2013 kira-kira pukul 5.50 petang akibat penyakit kencing manis dan komplikasi buah pinggang.

km9

9- Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam (lahir 24 Ogos 1949) merupakan bekas Ketua Menteri Melaka yang kesembilan. Pernah menjawat jawatan di peringkat Kerajaan Pusat selaku Timbalan Menteri Pengangkutan dan Kesihatan.

Datuk Ali Rustam merupakan anak jati negeri Melaka. Beliau dilahirkan pada 24 Ogos tahun 1949 di Kampung Bukit Katil, Melaka. Pendidikan awal DAR ialah di Sekolah Kebangsaan Bukit Katil dan Sekolah Kebangsaan Semabok. DAR kemudian meneruskan pengajiannya di Sekolah Tinggi Melaka (Melaka High School). Pada PRU-13, beliau bertanding dalam Parlimen Bukit Katil (P137) dan akhirnya beliau telah ditewaskan oleh Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin dari calon PKR.

km10

10- Datuk Seri Ir. Idris bin Haron

YAB Datuk Seri Ir. Idris bin Haron (dilahirkan pada 13 Mei 1966 di Asahan, Melaka) merupakan Ketua Menteri Melaka yang ke-10 (Kini) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang. Datuk Idris bersekolah di empat sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Bekoh ke SRK Belading, SRK Asahan 1973-1977 dan SRK Kubu 1977 hingga 1978. Beliau dilantik mengantikan Tan Sri Ali Rustam yang tewas dalam Pru ke 13.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.