Kemeriahan Aidilfitri Di Melaka Membuatkan Anak Perantauan Hiba

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Melaka sebuah negeri yang kaya dengan kesan peninggalan sejarahnya dan juga kini dikenali sebagai Bandar Warisan Dunia yang kaya dengan adat dan tradisinya yang tersendiri. 25 hari bulan 6 merupakan tarikh penting bagi keseluruhan umat islam didunia dan Melaka secara khususnya. Kemeriahanya sambutan Aidilfitri di Negeri ini pastinya membuatkan, anak perantauan kelahiran ini akan merasa hiba kerana tidak dapat pulang ke desa.

raya1

Kebiasaanya sebelum syawal menjelma pada keesokan harinya, umat islam di negeri ini akan menyediakan masakan-masakan secara goto royong bersama-sama, bagi menyediakan juadah untuk keesokan harinya. Pelbagai juadah yang akan disediakan antaranya seperti rendang ayam, rendang daging, sambal paru, sambal ikan parang, sambal udang, ketupat dan lain-lain lagi. Kemeriahanya jelas terasa apabila sanak saudara mula memenuhi ruang legar disetiap penjuru rumah.

raya2

Kebiasaanya selepas takbir raya berkumandang di masjid pada malam hari, rumah-rumah di kampung sekitar Melaka secara amnya akan terbuka luas bagi menantikan kunjungan rombongan takbir raya. Tradisi ini merupakan acara turun temurun di negeri ini, dengan rombongan akan melaungkan takbir raya dari rumah ke rumah. Tradisi ini bukan sahaja diikuti oleh orang dewasa, malahan juga dimeriakan dengan kehadiran kanak-kanak yang turut serta bersama-sama dalam mengalunkan takbir raya. Kebiasanya tuan rumah akan menyediakan jamuan bagi rombongan ini dan anak-anak serta orang dewasa pastinya akan tersenyum lebar dek kerana tuan rumah akan menghulurkan angpau raya kepada rombongan, semasa doa dibacakan. Duit raya yang di sumbangkan oleh tuan rumah bukanlah asbab utama bagi rombongan ini, akan tetapi silatulrahim dan semangat perpaduan kampung adalah kunci utama tradisi ini dikekalkan sehinggakan hari ini.

raya3

Bagi disekitar kawasan Jasin dan Merlimau panjut akan dipasang pada malam raya sekaligus menjadikan malam sebelum 1 syawal akan berasa dengan keceriaan. Mood dan suasan hari raya pastinya tiba takkala pancaran cahaya panjut kelihatan, di samping kanak-kanak berlari kemeriahan dengan bermain bunga api.

raya4

Seawal 5 pagi rumah-rumah disekitar kampung di Melaka ini pastinya akan kecoh dengan persiapan bagi menyambut kehadiran 1 syawal. Anak-anak dikejutkan untuk membuat persediaan dengan mengenakan busan yang baru dibeli. Antara tradisi yang tidak ada di negeri lain yang hanya ada di negeri Melaka ialah bersalam-salaman serta memohon keampunan disekitar kawasan kampung. Selepas persediaan diri dan solat subuh dilakukan, kebiasaanya masyarakat disekitar kampung-kampung akan keluar mengunjungi kediaman jiran-jiran untuk bersalam-salaman. Dan apa yang membuatkan tradisi ini meriah adalah, yang muda akan keluar mengunjungi ke kediaman mereka yang lebih berusia. Disamping itu anak-anak akan dihulurkan duit raya oleh penduduk kampung. Keceriaan dan kemeriahan pagi 1 syawal di negeri ini pastinya dijamin tiada di tempat lain.

selepas aktiviti ini berakhir penduduk akan pulang ke rumah masing-masing untuk bersarapan sebelum keluar ke masjid untuk menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Tradisi ini harus di kekalkan bagi menjamin perpaduan di kalangan masyarakat setempat, terutamnya anak muda yang kini hanyut dengan dunia teknologi terkini sehinggakan mengabaikan iktan ukwah serta silatulrahim dikalangan masyarakat. Selamat hari raya kami ucapkan kepada seluruh umat islam dan penduduk negeri Melaka secaramnya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.