Kalah Di Padang, Menang Di Hati

Skuad Hang Tuah membantu dua pengguna jalan raya yang mengalami kemalangan yang melibatkan sebuah kereta yang terbalik kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi, itu berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Melaka. Sebaik sahaja berangkat dari Larkin selepas tewas 3-0 di tangan JDT.

mu1

Menurut laman rasmi Melaka United Soccer Association – MUSA Dalam Perjalanan pulang ke Melaka, sebuah kenderaan yang di pandu 2 wanita terbabit dalam kemalangan di laluan masuk Pagoh Muar (Exit 238). Bas Melaka United yang kebetulan di belakang kenderaan terbabit berhenti untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan.

mu2

Dalam kemalangan ini, 2 mangsa wanita mengalami kecederaan ringan dan di beri bantuan perubatan oleh Dr. Adivan dan di bantu oleh Fisio Melaka United Vladimir Gramblica dan Rozairen. Dalam waktu ini, pasukan Melaka United menunggu bantuan plus dan pasukan perubatan tiba (ambulans) bagi membantu mangsa terbabit.

Pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memuji tindakan skuad Melaka dengan merakamkan ucapan terima kasih.

mu3

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.