Juruterbang Maut, Pembantu Cedera

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

JURUTERBANG maut manakala pembantunya cedera selepas pesawat ringan GT500 terhempas ketika di Aerodrome Sungai Rambai, Jasin, Melaka, pada 11.30 pagi semalam.

Difahamkan, pesawat terbabit terhempas ke dalam Sungai Mati, Tangkak, Johor, kira-kira 200 meter dari hujung landasan Aerodrome Sungai Rambai, Jasin.

Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi) negeri, Kamarulzaman Mohd Din, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.39 pagi semalamV.

“Tiga jentera dan dua EMRS bersama 26 kekuatan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Jalan Kubu, Bukit Katil dan Tangkak ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan penyelamat menemui mangsa pertama, Mohd Shahrul Shafiri, 35, yang juga pembantu juruterbang sudah berada di tebing sungai.

“Mukanya berlumuran darah. Kita mengeluarkannya dan dihantar ke Hospital Muar, Johor, oleh ambulans,” kata Kamarulzaman.

Menurutnya, anggota bomba kemudian mengeluarkan juruterbang Yen Yoon Fah, 54, yang tersangkut di tempat duduk pesawat yang dalam keadaan terbalik di dasar sungai.

Difahamkan, mayat mangsa akan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tangkak, Johor.

Pengerusi Aerodrome Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman memberitahu, semua aktiviti penerbangan pesawat ringan dihentikan sehingga selesai siasatan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Sumber : Harian Metro Sabtu, 14 Oktober 2017 @ 3:10 PM

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.