Jambatan Maut Ancam Pengguna

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Jambatan ‘maut’. Itulah perumpamaan sesuai bagi jambatan yang dibina di taman perumahan Taman Tuah Perdana, Tehel di sini. Melihat kepada struktur jalan yang tidak rata di jambatan itu sahaja boleh dibayangkan ia mampu mengundang maut kepada pengguna jambatan tersebut.

Pengerusi Taman Tuah Perdana, Abu Bakar Othman berkata, masalah itu berlaku sejak beberapa tahun lalu sebelum dia memegang jawatan sebagai pengerusi taman. Menurutnya, bagaimanapun sehingga kini masih tiada tindakan wajar diambil.

“Memandangkan jambatan tersebut menjadi laluan utama kepada penduduk dan orang luar untuk keluar dan masuk ke taman itu, saya bimbang jika lebih banyak perkara buruk berlaku.

“Saya sangat sedih apabila jambatan tersebut menjadi punca seorang lelaki maut kerana terbabas ketika melalui jambatan ini.

“Bayangkan kalau ia berlaku kepada keluarga kita, pasti rasa lebih kesal kerana pihak berkenaan memandang remeh perkara ini,” katanya kepada Sinar Harian. Jelas Abu Bakar, dua tahun lalu, dia pernah membuat aduan mengenai masalah jambatan tersebut.

“Memang ada kerja-kerja pembaikan dijalankan, tetapi mereka hanya menambak bahagian yang rosak dan hasilnya tidak seelok yang dimahukan. Jambatan tersebut merupakan laluan utama untuk keluar masuk ke Taman Tuah Perdana.

“Malah, sesiapa sahaja yang melalui jalan ini jika dalam kelajuan tinggi pasti akan melambung jika menaiki kereta, inikan pula jika menunggang motor.

“Bagai penduduk taman, kami lebih berhati-hati kerana sudah mengetahui masalah ini tetapi tidak kepada orang luar. Itulah yang terjadi kepada pemuda maut tersebut yang bukan penduduk di sini,” katanya.

Tambahnya, keadaan itu juga sangat membahayakan pemandu dalam kalangan ibu yang membawa anak, wanita mengandung dan warga emas.

“Jika mereka alpa dan berhenti secara mengejut, pasti impaknya sangat buruk.

“Bahkan sebelum ini ada sahaja kemalangan berlaku, cuma tidak menyebabkan kematian sahaja.

“Jadi, saya sangat berharap masalah ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.