Ini Sebenar-Benarnya Cinta

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

WANITA mualaf membulatkan cinta terhadap penghidap kanser tahap empat apabila mengahwini jejaka idamannya itu hari ini. Pernikahan Andrea Adriana Law Abdullah, 31, dengan Alfian Rizal, 34, itu dilangsungkan di kediaman pengantin lelaki di Melaka Perdana Resort Homes, kira-kira 5 petang hari ini.

Keteguhan cinta Andrea Adriana dan Alfian itu terbukti dengan ijab dan kabul yang disempurnakan Ketua Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk negeri Mohd Shokri Mustaffa dalam majlis serba sederhana. Kesanggupan Andrea Adriana mengahwini Alfian yang menghidap kanser usus besar dan hati tahap empat menjadi bukti cinta mereka biarpun status penyakit Alfian diketahui Mac lalu.

Alfian yang tidak mampu berdiri apatah lagi berjalan berkata, dia tidak pernah meminta mahupun memaksa Andrea mengahwininya, namun wanita yang memeluk Islam 20 Oktober tahun lalu itu tetap sudi mengahwininya.

“Saya gembira dia menerima saya seadanya. Selepas ini, kami akan ke Guangzhou, China, untuk membolehkan saya mendapatkan rawatan kimoterapi sepenuhnya di sana,” kata Alfian.

Sementara Andrea pula berkata, dia tidak mahu mensia-siakan cinta yang terjalin sejak 12 tahun lalu, ketika mereka sama-sama menuntut di Universiti Multimedia (MMU) Melaka.

Sumber : Harian Metro Sabtu, 26 Ogos 2017

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.