Festival Sungai Melaka 2017 Sasar 1 Juta Pengunjung

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Kerajaan negeri menyasarkan kehadiran lebih 1 juta pengunjung dari dalam dan luar negara sempena penganjuran Festival Antarabangsa Sungai Melaka Ke-11 yang bermula esok hingga 29 November depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dijadual merasmikan festival itu pada Sabtu ini (18 Nov) yang membabitkan 25 acara domestik dan 10 acara bertaraf antarabangsa.

“Antara acara yang dijangka menarik minat pengunjung adalah dua acara ikon iaitu Perarakan Bot Berhias dan Melaka Parade, yang memaparkan keunikan budaya masyarakat negeri ini yang terdiri daripada pelbagai etnik,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Selain itu, Pertandingan Bot Kawalan Jauh, Pertandingan Perahu Naga, Pertandingan Ratu Kebaya dan Persembahan Kebudayaan serta Kesenian Pelbagai Kaum dijangka akan mendapat sambutan hebat daripada pengunjung, katanya.

Idris berkata festival itu juga akan memaparkan Epik Sejarah Melaka mengenai pelayar pertama yang mengelilingi dunia iaitu Panglima Awang atau ‘Henry The Black’.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya bercadang menaik taraf Rumah Media Melaka di Ayer Keroh di sini kepada ‘Media Resource Centre’ yang akan menjadi tumpuan pengamal media negeri itu dengan melakukan penambah baikan dari segi infrastruktur termasuk meningkatkan kelajuan internet. – Bernama

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.