Dua Penjenayah Tumpas Dibidik Polis

DUA penjenayah terbujur mati ditembak anggota polis di Jalan Angkasa Nuri, Durian Tunggal, Alor Gajah di sini, 12.45 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Bukit Aman, yang melakukan rondaan jenayah terserempak sebuah kereta Mercedes Benz dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, ketika diminta untuk berhenti bagi pemeriksaan, pemandu kereta itu sebaliknya bertindak melepaskan tembakan ke arah polis.

“Susulan itu polis terpaksa membalas tembakan sebelum suspek masing-masing seorang lelaki tempatan dan Indonesia maut di lokasi kejadian. Kedua-dua mereka dipercayai merancang untuk melakukan samun di negeri ini.

“Semakan awal mendapati suspek adalah penjenayah berbahaya dan terbabit dalam lapan kes samun masing-masing empat di Selangor, dua di Johor dan Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal di lokasi kejadian turut menemui sepucuk pistol, tiga peluru hidup dan satu kelongsong peluru.

Kumpulan penjenayah dipercayai terbabit dengan kes merompak pelanggan bank yang baru mengeluarkan wang dari bank sebelum ini.

sumber : Harian Metro

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.