Disebalik Nama Dira Abu Zahar

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Khaidiriah binti Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai, Dira Abu Zahar pernah dicalonkan sebagai pelakon wanita paling popular 2010 sugguhpun pada ketika itu beliau masih lagi baru memulakan kerjayanya sebagai anak seni.

dira1

Khaidiriah binti Abu Zahar dilahirkan pada 2 Mac 1984 di Merlimau, Melaka. Anak kepada mantan Ketua Menteri Melaka, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin dan merupakan anak ke lima dari enam orang adik-beradik. Dira memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam.

dira2

Dira pernah menjadi pengacara di rancangan televisyen Fulus Mania, Jom Ronda bersama Proton dan Melodi. Antara drama yang pernah dilakonkannya termasuk Delima, Cinta Tanpa Suara dan Rona Roni Makaroni. Beliau juga terlibat dengan beberapa pementasan teater antara Kompilasi Vol II (Legasi) dan Tanda.

Selain bidang lakonan dan juga pementasan teater dira juga terlibat di dalam penulisan skrip dan juga bidang pengarahan. Beliau pernah begelar Pengarah Terbaik (telefilem Redhaku Untukmu) pada Anugerah Kasih Tribute P. Ramlee 2017. Beliau telah membintangi beberapa buah filem seperti Untuk Tiga Hari, Chow Kit, Kil, Lari, dan Longkai.

Kimchi Untuk Awak merupakan filem lakonan terakhir beliau. Sebelum beliau Nekad mengambil keputusan untuk meninggalkan profesion lakonan, Dira mahu memberi sepenuh perhatian kepada bidang pengarahan.

Meskipun sebuk sebagai anak seni, Dira sering kali menjadi sukarelawan di dalam persatuan Thalassemia Malaysia. beliau juga pernah terlibat sebagai pesidang untuk persatuan tersebut dan turut serta di dalam aktiviti persatuan ini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.