Dari Kuala Linggi Ke Takhta Sultan Melaka

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Selepas Raja Norjan Shah mengelar dirinya Sultan Melaka, kini sekali lagi negeri bersejarah ini dikejutkan dengan pengakuan seorang lelaki yang mendakwa bahawasanya dirinya ialah sultan melaka yang sah. hal ini mencetuskan polimik yang sangat meluas di kalangan pengguna media sosial sehinggakan berita ini tular di laman sosial.
<--more--!>

Muhammad Jalil Bin Md Nor, 63 tahun merupakan bekas tukang kebun Sekolah Othman Shawal di Masjid Tanah, mendakwa dirinya ialah Sultan Melaka yang sah. Dengan menggunakan gelaran Sultan Mansor Shah 3. Sekaligus mencabar kedudukan Rajar Nor Jan Shah yang juga mendakwa dirinya ialah Sultan Melaka. Muhammad Jalil di katakan ditabal sebagi Sultan Melaka di Kota Bukit Supai Kuala Linggi.

melaka1

Mengikut fakta sejarah Sultan Melaka yang terakhir ialah Sultan Mahmud Shah yang memerintah pada tahun 1488-1511 dan magkat pada tahun 1528 di Kabupaten Kampar, Riau setelah baginda terpaksa berundur dari Melaka setelah kedatangan potugis. Setelah Melaka di jajah Institusi Yang di-Pertua Negeri Melaka merupakan sebuah institusi yang tertinggi di Negeri Melaka. Ia telah diperkenalkan sejak di zaman Portugis dan diteruskan pada zaman Belanda dan Inggeris. Mereka bertanggungjawab ke atas kemajuan ekonomi, politik dan sosial negeri yang dijajah.

melaka2

selepas kemerdekaan Tanah Melayu negeri yang mempunyai Yang di-Pertua Negeri adalah negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan atau Raja. Institusi ini diamalkan berdasarkan perlantikan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Ketua Menteri, berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka. sekaligus dakwaan yang dibuat oleh Muhammad Jalil adalah tidak berasas dan telah melanggar Perlembagaan Negeri Melaka dan mencemarkan Institusi Raja-Raja.

melaka3

Kerajaan Negeri Melaka melalui Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Maslina Baki mewakili kerajaan negeri telah membuat satu laporan terhadap seorang individu yang mendakwa dirinya ‘Sultan Melaka’. Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, polis tetap memerhati dan memantau perkembangan termasuk apa yang tular di media sosial.

Sumber Rujukan :

Melaka Kini
Page Melaka Daily
website TYT Melaka
Buku Kesultanan Melayu Melaka

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.